Pada 12 September 2025, Jabatan Sains Gunaan (JSG) telah menerima kunjungan pelajar dan guru dari SMK Tun Fatimah Hashim, Johor dalam satu program lawatan akademik ke UiTM Cawangan Pulau Pinang. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah menengah tentang suasana pembelajaran di peringkat universiti, khususnya dalam bidang STEM. Program dimulakan dengan sesi taklimat mengenai program-program yang ditawarkan di bawah Fakulti Sains Gunaan, termasuk penerangan tentang struktur pengajian, kemudahan makmal serta peluang kerjaya dalam bidang sains. Sesi diteruskan dengan lawatan ke makmal kimia dan fizik, di mana pelajar berpeluang menyertai beberapa aktiviti hands-on yang menarik dan interaktif. Aktiviti ini memberi peluang kepada mereka untuk melihat sendiri aplikasi konsep sains dalam eksperimen sebenar, sekaligus menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan bermakna. Diharapkan lawatan ini dapat memberi inspirasi kepada para pelajar untuk terus cemerlang dalam bidang akademik dan seterusnya mempertimbangkan untuk menyambung pengajian dalam bidang sains pada masa hadapan.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Husin, Nurul Izza UNSPECIFIED Abdullah, Mohd Haris Ridzuan Ooi UNSPECIFIED Md Yunus, Mohd Bukhari UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Zin, Azrinawati UNSPECIFIED Chief Editor Husin, Nurul Izza UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin Jabatan Sains Gunaan |
| ISSN: | 2289-8964 |
| Keywords: | Lawatan akademik, Bidang STEM, Fakulti Sains Gunaan |
| Date: | 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/144141 |
144141.pdf
