Portable Document Format (PDF) interaktif untuk mengakses bahan panduan digital berkaitan topik pengurusan rekod dan arkib milik UiTM

Mohamad Ramli, Ahmad Azman and Samsudin, Noor Faraliza and Mohd Nasfi, Mohd Naim and Zainuddin, Intan Nurbaizura and Arshad, Izzatil Husna and Baharuddin, Kasmarini (2024) Portable Document Format (PDF) interaktif untuk mengakses bahan panduan digital berkaitan topik pengurusan rekod dan arkib milik UiTM. In: International Industrial Revolution 4.0 Exposition : Innovating, Transpiring Dreams. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 119. ISBN 9789672948711
Abstract

UiTM sentiasa menghasilkan bahan-bahan panduan digital berkaitan topik pengurusan rekod dan arkib untuk rujukan kakitangannya. Bagaimanapun pada masa kini bahan-bahan panduan tersebut sukar diakses kerana ianya diletakkan di pelbagai jenis media sosial seperti di Website, YouTube, Facebook dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, objektif projek ini ialah menghasilkan produk berbentuk dokumen digital yang menggunakan medium Portable Document Format (PDF) yang interaktif. PDF interaktif ini berfungsi dengan cara menyimpan secara setempat dan sistematik metadata tentang bahan-bahan panduan digital berkaitan pengurusan rekod dan arkib yang dihasilkan oleh UiTM. Metadata tersebut ialah seperti tajuk bahan panduan, format bahan panduan, tarikh bahan panduan diterbitkan di media sosial dan sebagainya. Kesan positif penggunaan PDF interaktif ini ialah ia mampu membantu kakitangan mengakses dengan cepat bahan-bahan panduan digital tersebut iaitu dengan cara mengklik pada pautan, butang, perkataan dan imej yang berada di dalam PDF interaktif tersebut. Elemen-elemen interaktif seperti imej, video dan pautan pada dokumen PDF tersebut juga akan membantu menjadikan bahanbahan panduan digital tersebut lebih menarik dan mudah dirujuk. PDF interaktif ini juga berpotensi untuk dikomersial kepada pengguna awam di Malaysia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 144110.pdf]
Text
144110.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics