Kaedah pengajaran berasaskan multimedia interaktif merupakan salah satu alat peneguhan yang diperlukan di dalam proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan multimedia interaktif ini dapat mempelbagaikan kaedah dan cara penyampaian oleh guru. Oleh yang demikian, satu inovasi multimedia interaktif telah dibina dan diberi nama "Smart Adab" sebagai bahan bantu mengajar yang boleh diguna pakai oleh guru untuk menimbulkan minat murid serta menjadikan pengajaran mereka lebih baik. Smart adab ini dibangunkan berasaskan mata pelajaran Pendidikan Islam dalam bidang akhlak tahap dua tahun empat yang memfokuskan adab terhadap keluarga. Perisian ini dicipta bertujuan membantu murid-murid untuk memahami topik ini disamping menerapkan pembelajaran abad ke-21 bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam dunia yang berkembang pesat.
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Sabri, Muhammad Fakhrurrazi fakhrulsabri21@gmail.com Roskifzan, Nurul Najwa Asyilah nurulnajwaasyilahroskifzan@gmail.com Abdul Halim, Samihah samihahhalim107@gmail.com Afizal, Nurul Nisriina nisriinaafizal@gmail.com Mohamad Yusra, Siti Khadeejah ctkhadeejah09@gmail.com Abdullah, Muhammad Khobiz khobiz1981@gmail.com Saudi, Ahmad Shahlan ahmadshahlan@ipgm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Mohd Zukhi, Mohd Zhafri zhafri319@uitm.edu.my Editor Zakaria, Shahida Farhan shahidafarhan@uitm.edu.my Editor Shamsuddin, Norin Rahayu norinrahayu@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 114 |
| Keywords: | Smart Adab, Multimedia interaktif, Bahan bantu mengajar, Pengajaran, Bidang Akhlak, Adab terhadap keluarga, Pendidikan Islam. |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/144077 |
144077.pdf
