Abstract
Permasalahan kesihatan mental dan kecerdasan spiritual dalam kalangan pelajar terutamanya di universiti semakin meruncing dan telah menjadi isu nasional. Sekiranya isu ini tidak dapat diurus dengan baik dan individu terus dalam fasa kedukaan akibat permasalahan itu akan mengganggu kecerdasan seseorang semasa proses pembelajaran. Statistik mahasiswa menghadapi masalah kesihatan mental di Universiti menunjukkan peningkatan daripada 7.9 peratus (424,000 orang) pada 2019 kepada 16.5 peratus (922,318 orang) pada tahun 2023. Tidak terkecuali di Universiti Teknologi MARA Shah Alam, statistik kehadiran pelajar ke Pusat Kesihatan kerana masalah kesihatan mental menunjukkan peningkatan mendadak pada tahun 2023 berbanding dua tahun sebelumnya. Pelbagai modul intervensi yang telah dilaksanakan untuk membantu membentuk tingkah laku pelajar dari pelbagai pihak, namun modul yang melibatkan peranan penasihat akademik sebagai pengantara untuk membantu mengubah pelajar dengan kes kesihatan mental sangat terhad. Sehubungan dengan itu, strategi intervensi adalah penting untuk membantu mengubah tingkah laku dalam kalangan pelajar yang menghadapi masalah kesihatan mental. Oleh itu, kajian ini mengkaji kesan modul konsultasi terapeutik pendekatan al-Ghazali (KiTA) terhadap kesihatan mental dan kecerdasan spiritual dalam kalangan pelajar. Modul ini menggunakan pendekatan Cognitive Behavioral Therapy (CBT) dan Pendekatan Al-Ghazali untuk meningkatkan tingkah laku positif dalam kalangan remaja. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen yang dijalankan di Universiti Teknologi MARA Shah Alam Selangor. Seramai 40 orang responden telah dipilih menggunakan persampelan bertujuan. Dua alat ukuran yang digunakan ialah Depression Anxiety and Stress Scale (DASS) dan Spiritual Intelligence Self-Report Inventory (SISRI 24). Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi melalui SPSS. Hasil kajian yang di kumpul ke atas kumpulan rawatan mendapat markah yang lebih tinggi untuk kesihatan mental dan kecerdasan rohani yang baik selepas menerima intervensi KiTA berbanding kumpulan kawalan. Modul KiTA yang dijalankan menunjukkan kesan positif dalam meningkatkan tahap kesihatan mental dan kecerdasan rohani yang baik dalam kalangan pelajar. Kajian ini boleh menyumbang kepada perubahan tingkah laku positif yang konsisten dalam kalangan pelajar. Justeru itu, adanya pembentukan KiTA ini akan menjadi satu asas panduan perkembangan ilmu ke arah intervensi kelestarian modul yang mantap untuk digunakan oleh pelbagai pihak terutamanya IPTA/IPTS bagi membantu mengatasi perubahan pelajar yang mengalami masalah kesihatan dan seterusnya dapat meningkatkan kecerdasan spiritual dalam kalangan pelajar.
Metadata
| Item Type: | Thesis (PhD) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ab Ghani, Ahmad Janaidi UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Bhari, Azri UNSPECIFIED Thesis advisor Ishak, Noor Azniza UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Consciousness. Cognition > Environmental psychology. Spatial behavior B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Stress in youth |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Programme: | Doctor of Philosophy in Contemporary Islamic Studies |
| Keywords: | Kesihatan Mental, Kecerdasan Spiritual, Mahasiswa, Pendekatan CBT, Pendekatan Al-Ghazali, Modul KiTA |
| Date: | June 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/144016 |
Download
144016.pdf
Download (287kB)
Digital Copy
Physical Copy
ID Number
144016
Indexing
