Akad pertukaran menurut ulama klasik dan aplikasinya dalam akaun emas di Malaysia

Aziz, Aemy (2025) Akad pertukaran menurut ulama klasik dan aplikasinya dalam akaun emas di Malaysia. PhD thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Kemunculan produk akaun pelaburan emas dalam sistem kewangan Islam kontemporari telah menimbulkan keperluan mendesak terhadap penelitian hukum Syariah, khususnya dalam aspek akad pertukaran. Namun demikian, wujud beberapa permasalahan kritikal yang belum ditangani secara tuntas. Antaranya ialah kekurangan kajian spesifik berkenaan kriteria akad pertukaran emas menurut ulama klasik, ketiadaan panduan komprehensif untuk menilai operasi akaun emas yang masih baharu dalam industri kewangan Islam, serta ketidakpastian dalam membuktikan tahap kepatuhan Syariah bagi aplikasi semasa oleh institusi kewangan. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi mencapai tiga objektif utama: (1) mengenal pasti kriteria akad pertukaran menurut ulama klasik; (2) menganalisis bentuk pelaksanaan akad dalam produk akaun pelaburan emas oleh institusi kewangan Islam di Malaysia; dan (3) menilai sejauh mana tahap pematuhan Syariah aplikasi semasa Dari segi metodologi, kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif yang dilaksanakan melalui tiga langkah utama. Langkah pertama melibatkan kajian kepustakaan dan kajian kitab terhadap teks utama empat tokoh klasik menggunakan pendekatan induktif, deduktif dan komparatif. Langkah kedua ialah kajian lapangan melalui temu bual separa berstruktur bersama 11 orang responden industri daripada lima institusi kewangan Islam. Langkah ketiga melibatkan temu bual bertema bersama sembilan orang pakar rujuk Syariah bagi mengesahkan dan memperkukuh dapatan awal. Data dianalisis dengan menilai konsep akad pertukaran dalam sumber klasik, seterusnya dibandingkan dengan amalan semasa dan diuji kesahihannya berdasarkan prinsip-prinsip fiqh muamalat. Hasil kajian menunjukkan bahawa kriteria seperti al-‘adālah (keadilan), milk tām (pemilikan sempurna), wuḍūḥ al-‘aqd (kejelasan kontrak) dan taqābuḍ (serahan sebenar) merupakan asas utama akad pertukaran emas menurut ulama klasik. Dapatan turut menunjukkan beberapa aspek keselarasan antara prinsip klasik dan pelaksanaan semasa seperti pemindahan pemilikan segera dan ketelusan maklumat dalam setiap akad yang dijalankan oleh dua pihak yang berkontrak. Kajian turut mendapati bahawa institusi kewangan menggunakan pelbagai model kontrak seperti al-waka>lah, al-mura>bah}ah dan kontrak hibrid untuk tujuan operasi dan kawalan risiko, namun pemahaman terhadap pemilikan fizikal dan pelaksanaan prinsip taqābuḍ masih belum jelas sepenuhnya. Dari lima institusi yang di pilih bagi sample kajian, empat darinya adalah patuh syariah dan satu institusi tidak patuh syariah. Bagi menangani isu tersebut, kajian ini mengemukakan satu cadangan parameter sokongan berasaskan prinsip taqābuḍ yang boleh dijadikan asas penstrukturan produk pelaburan emas patuh Syariah. Secara keseluruhannya, kajian ini menegaskan bahawa prinsip fiqh muamalat klasik kekal relevan dan penting sebagai rujukan utama dalam menilai dan membangunkan produk kewangan Islam. Kajian ini memberikan implikasi besar terhadap pembentukan dasar, pembangunan fatwa dan peningkatan keyakinan masyarakat terhadap pelaburan emas yang mematuhi prinsip Syariah. Kajian lanjutan disarankan agar meneliti keberkesanan parameter sokongan yang dicadangkan dalam konteks pelaksanaan operasi sebenar institusi kewangan.

Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Aziz, Aemy
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Towpek, Hadenan
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Ishak, Amal Hayati
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HJ Public Finance > Finance, Islamic
H Social Sciences > HJ Public Finance > Expenditures, Public > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Doctor of Philosophy in Contemporary Islamic Studies
Keywords: Akad pertukaran Islam, Fiqh muamalat, Institusi kewangan Islam, Parameter transaksi, Pelaburan emas patuh syariah
Date: July 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/144012
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 144012.pdf] Text
144012.pdf

Download (432kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

144012

Indexing

Statistic

Statistic details