Abstract
Terjemahan surah Yasin yang mempunyai pelbagai variasi di Malaysia serta menyaksikan kemampuan bahasa Melayu membawa mesej daripada bahasa Arab merupakan data yang menarik untuk penyelidikan. Kajian ini cuba menganalisis keunikan partikel ‘lah’ dalam terjemahan surah Yasin di Malaysia. Terjemahan surah Yasin melibatkan data dalam bentuk al-Quran dan naskah kecil. Analisis ini berbentuk deskriptif, iaitu dengan meneliti kekerapan penggunaan partikel ‘lah’ dan menghuraikannya berdasarkan dapatan analisis. Perisian Atlas ti 22 digunakan dalam proses analisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan partikel ‘lah’ dapat dijadikan petunjuk bagi membezakan versi terjemahan. Selain itu, makna asal partikel ‘lah’, iaitu melembutkan arahan dan penanda kesantunan tidak memainkan peranan dalam terjemahan surah Yasin. Namun demikian, terdapat makna penegasan yang berkait dengan gaya bahasa Arab. Kajian ini diharapkan mengisi arus penyelidikan bahasa Melayu merentas disiplin dan memberi kebaikan kepada penyelidik pada masa hadapan.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Mohd Sufian piye_cs@yahoo.com Sarudin, Anida anida@fbk.upsi.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Mohd Yusof, Nor Azrina yina1437@uitm.edu.my Editor lee, Chai Chuen lcc76@uitm.edu.my Editor Jamaludin, Juaini juaini@uitm.edu.my Editor Hassan, Normaziana normazianahassan@uitm.edu.my |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic literature. Islam and literature |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Journal or Publication Title: | Technology, Science, Social Science & Humanities International Conference (TeSSHI) 2022 |
| ISSN: | 9789672948339 |
| Page Range: | pp. 238-245 |
| Keywords: | Terjemahan, Surah yasin, Partikel ‘lah’, Atlas ti 22 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143997 |
