Kesediaan pensyarah sains kejuruteraan dalam pelaksanaan mini projek secara hibrid di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Musa, Nur Elyani and Ismail, Shamsul Arif and Hassan, Azlina (2022) Kesediaan pensyarah sains kejuruteraan dalam pelaksanaan mini projek secara hibrid di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Technology, Science, Social Science & Humanities International Conference (TeSSHI) 2022. pp. 229-237. ISSN 9789672948339
Abstract

Pembelajaran hibrid adalah merupakan integrasi pembelajaran dan pengajaran (PdP) dalam talian dan bersemuka. Ia bukanlah satu pendekatan baru dalam konteks pendidikan di Malaysia tetapi kurang dipraktikkan oleh tenaga pengajar sebelum pandemik Covid-19. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesediaan pensyarah Sains Kejuruteraan dalam pelaksanaan mini projek secara hibrid. Reka bentuk kajian adalah menggunakan kaedah temubual semi-struktur dan soal selidik. Seramai 8 orang pensyarah yang berpengalaman mengajar kursus Sains Kejuruteraan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah dipilih untuk menjawab satu set soal selidik. Kaedah temubual semi-struktur pula melibatkan 4 orang pensyarah Sains Kejuruteraan. Dapatan kajian soal selidik telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 26.0. Analisis data menunjukkan tahap kesediaan pensyarah dalam pelaksanaan mini projek secara hibrid adalah tinggi dengan skor min 4.10. Manakala, dapatan temubual semi-struktur pula mendapati penerimaan pensyarah terhadap pelaksanaan mini projek secara hibrid adalah baik walaupun pada awal pelaksanaan, mereka menghadapi kekangan dari segi bebanan kerja, kekurangan bahan rujukan serta kurang mahir menggunakan aplikasi dalam talian. Namun begitu, terdapat juga pensyarah yang kurang bersetuju terhadap pembelajaran hibrid kerana kekurangan interaksi di antara pensyarah dan pelajar semasa pembelajaran dan pengajaran dalam talian (PdPDT) serta faktor ruang kerja yang kurang kondusif. Kesimpulannya, pelaksanaan mini projek secara hibrid mempunyai kekuatan dan kelemahan yang perlu dikaji agar pensyarah lebih bersedia dalam mendepani transformasi pendidikan seiring dengan perkembangan globalisasi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 143992.pdf]
Text
143992.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics