Program Jualan Rahmah Madani Kampus dianjurkan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor yang dijalankan Parkir Halfmoon di UiTM Kampus Segamat pada 30 Jun 2025 hari Isnin dari pukul 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Program jualan rahmah ini dijayakan dengan jualan dari Pasararaya Big 10 Segamat, di mana jualan produk kering telah diberi subsidi oleh KPDN dan dapat dijual pada harga mampu milik dan berpatutan. Antara produk yang telah diberi subsidi dan dijual adalah kertas A4, air mineral, tin sardin, telur, biskut, roti dan minyak masak. Selain produk-produk yang dinyatakan, ada juga produk makanan kering seperti bihun, mee segera dan pelbagai barangan keperluan harian untuk pelajar turut dijual. Program ini dilaksanakan sebagai satu usaha kerajaan dalam membolehkan para pelajar di universiti untuk memprolehi barangan keperluan pada harga berpatutan.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Shaik Alaudeen, Muharratul Sharifah muharr416@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HC Economic History and Conditions > Consumer protection |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus |
| Journal or Publication Title: | e-DINAMIK |
| ISSN: | 2682-7832 |
| Page Range: | pp. 392-393 |
| Keywords: | Jualan Rahmah Madani, KPDN, UiTM Segamat, Hak pengguna, Subsidi barangan, Advokasi kepenggunaan. |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143861 |
143861.pdf
