Pembukaan 6 cawangan pusat inkubator SPA di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PKPDK) bukti kesungguhan universiti

Muhamad Suhaimi, Nur Alya Natasha and Md Fauzi, Faiza Irdina and Mohd Noor, Jannah Munirah (2025) Pembukaan 6 cawangan pusat inkubator SPA di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PKPDK) bukti kesungguhan universiti. e-DINAMIK. pp. 388-389. ISSN 2682-7832
Abstract

Pembukaan enam cawangan Pusat Inkubator Keusahawanan SPA di bawah inisiatif UiTM Johor melalui Pusat Inkubator Keusahawanan SPAdan Sauna (PIKSS) merupakan bukti kesungguhan universiti dalam mendukung agenda pendayaan komuniti dan pembangunan keusahawanan sosial. Cawangan baharu ini beroperasi di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Chaah, Bukit Siput, Bandar Segamat, Kemelah, Redong, dan Taman Yayasan, yang kini melatih 100 OKU di sekitar Daerah Segamat menjadikannya sebagai jaringan spa komuniti yang menyeluruh di daerah Segamat. Inisiatif ini membuktikan bahawa universiti bukan sahaja berperanan dalam penyampaian ilmu secara akademik, tetapi turut bertindak sebagai agen transformasi sosial. Melalui pembukaan cawangan ini, komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) diberikan peluang mengikuti latihan kemahiran, memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), serta menjana pendapatan melalui operasi spa komuniti.Selain itu, penubuhan enam cawangan ini memperkukuh keberkesanan model pembangunan inklusif yang diperkenalkan UiTM Johor.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 143857.pdf]
Text
143857.pdf
Download (629kB)
Indexing & Metrics
Download Statistics