Kesan dan langkah penambahbaikan agihan zakat terhadap asnaf di daerah Kuching, Sarawak

Mohamad Azri, Mohamad Mahadhir (2025) Kesan dan langkah penambahbaikan agihan zakat terhadap asnaf di daerah Kuching, Sarawak. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Corak agihan zakat di Kuching terjejas oleh kos sara hidup tinggi, akses ekonomi terhad, dan kelemahan sistem agihan. Bantuan zakat sering tidak mencukupi, peluang pekerjaan sukar diperoleh, dan birokrasi melambatkan pengagihan. Justeru, kajian ini dibangunkan bertujuan untuk mengkaji kesan langkah penambahbaikan dan agihan zakat terhadap asnaf di Daerah Kuching, Sarawak, dengan tiga objektif utama: mengenalpasti corak agihan zakat, menganalisis kesannya, dan menghasilkan cadangan penambahbaikan. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran, menggabungkan teknik pengumpulan data kualitatif dan kuantitatif. Fasa kualitatif melibatkan kaedah temubual dengan pegawai pengurusan zakat dan penerima asnaf terpilih untuk mendapatkan pandangan tentang proses dan cabaran pengagihan. Fasa kuantitatif merangkumi penggunaan tinjauan soal selidik berstruktur untuk mengukur kesan zakat terhadap status sosio-ekonomi. Ia melibatkan sampel secara bertujuan terhadap asnaf fakir dan miskin sejumlah 265 responden, iaitu 102 lelaki dan 163 perempuan. Data yang dikumpul dari kaedah temubual dan soal selidik dianalisis menggunakan analisis tematik untuk data kualitatif dan analisis statistik perisian IBM SPSS Statistic 28 untuk data kuantitatif. Dapatan kajian berkaitan corak agihan zakat menunjukkan bahawa pihak Tabung Baitulmal Sarawak dengan giat mempelbagaikan jenis agihan zakat, namun ia masih belum memenuhi sepenuhnya kebajikan penerima zakat ekoran daripada kos sara hidup tinggi, dan akses ekonomi terhad. Sementara dapatan kajian berkaitan kesan agihan zakat menunjukkan bahawa responden merasakan agihan zakat telah memberikan kesan positif dan menyeluruh terhadap kehidupan asnaf, termasuk dalam aspek material, pengetahuan dan keberagamaan. Seterusnya dapatan berkaitan cadangan penambahbaikan mengenalpasti tujuh rekomendasi berkaitan kediaman, sokongan kesihatan, keperluan harian, pendidikan, bantuan khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU), penambahbaikan logistik dan komunikasi, serta sokongan kewangan. Selain daripada cadangan umum ini, kajian ini juga merumuskan tiga cadangan khusus, iaitu penyediaan tiket penerbangan untuk pelajar, penubuhan skim biasiswa khas, dan penambahbaikan dalam proses penyelarasan agihan zakat. Sebagai kajian lanjutan, penyelidik mencadangkan skop kajian seperti kajian longitudinal untuk menjejaki kesan jangka panjang zakat terhadap asnaf, dan kajian perbandingan merentasi wilayah yang berbeza untuk mengenal pasti amalan terbaik dalam pengurusan zakat.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamad Azri, Mohamad Mahadhir
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Towpek, Hadenan
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Anom, Sharifah
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat)
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat) > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Master in Contemporary Islamic Studies
Keywords: Zakat distribution, Asnaf, Tabung Baitulmal Sarawak, TBS, Kuching District, Mixed-methods study, IBM SPSS Statistics 28
Date: July 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143842
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 143842.pdf] Text
143842.pdf

Download (153kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

143842

Indexing

Statistic

Statistic details