Misi Bakti Serumpun Sawadikap Satun Thailand

Abdul Hamid, Hairiani and Abdul Rahman, Nor Diana and Zamani, Nur Diana (2025) Misi Bakti Serumpun Sawadikap Satun Thailand. e-DINAMIK. pp. 384-385. ISSN 2682-7832
Abstract

Satun sebuah daerah yang berhampiran dengan Malaysia melalui pintu masuk dari Malaysia iaitu Wang Kelian atau lebih dikenali di Selatan Thailand sebagai Wang Prachan. Misi Bakti Sawadikap Satun Thailand adalah satu aktiviti khidmat komuniti oleh mahasiswa yang mengambil kokurikulum HGD133 sesi semester Mac hingga Julai 2025. Seramai 13 mahasiswa lelaki dan perempuan beserta dua orang pegawai pengiring iaitu Puan Hairiani Abdul Hamid dan Puan Nor Diana Abd Rahman menyertai program kali ini. Sekolah Islam Ob-Om di Pak Bara dipilih sebagai lokasi khidmat komuniti kali ini. Salah satu sebab program ini dibuat adalah untuk mencapai sasaran UiTM program kesukarelawan antarabangsa dan khidmat komuniti antarabangsa. Program dibuat bermula dari 13 Ogos hingga 15 Ogos 2025 termasuk perjalanan pergi dan balik.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 143823.pdf]
Text
143823.pdf
Download (641kB)
Indexing & Metrics
Download Statistics