Abstract
ePdP KLKM merupakan aplikasi pembelajaran mudah alih berkonsepkan nota e-pembelajaran berasaskan Skim Latihan Pengakap Kelana, Persekutuan Pengakap Malaysia yang dibangunkan menggunakan perisian Android Studio dan mampu berinteraksi dengan Google Drive. Aplikasi mudah alih ini bertujuan untuk menambahbaik atau boleh dijadikan sebagai nilai tambah dalam proses penyampaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran ko-kurikulum berkredit. Kesukaran dalam mendapatkan sumber pembelajaran terkini serta ketiadaan sumber rujukan yang khusus berkaitan Pengakap Kelana menjadi satu pemangkin kepada pembangunan aplikasi ini. Dapatan awal kajian terhadap kesediaan penggunaan aplikasi mudah alih bagi kursus ko-kurikulum berkredit Pengakap Kelana menunjukkan pada skor min yang tinggi. Ini menggambarkan kesediaan ahli Pengakap Kelana terhadap penggunaan aplikasi mudah alih bagi kursus ko-kurikulum berkredit Pengakap Kelana adalah tinggi. Penghasilan aplikasi ePdP KLKM ini membolehkan pelajar menggunakannya melalui peranti mudah alih pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja serta boleh dijadikan rujukan utama persediaan ahli Pengakap Kelana ke arah pencapaian Anugerah Baden Powell dan anugerah-anugerah kepengakapan yang lain. Aplikasi ini berpotensi untuk digunakan secara meluas oleh semua institusi pengajian tinggi yang berdaftar dengan Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM), Persekutuan Pengakap Malaysia serta mana-mana kumpulan Pengakap lain.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Zahari, Farihan Elyana farihan@ptss.edu.my Musa, Laila laila@ptss.edu.my Aziz, Azizee azizeehjaziz@gmail.com Mohamad Zain, Affendy Zabkha afzbk77@gmail.com |
| Subjects: | H Social Sciences > HS Societies: secret, benevolent etc. > Clubs. Clubs and societies for special classes. Including boys' societies, Boy scouts, girls' societies L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
| Journal or Publication Title: | APS Proceedings |
| ISSN: | 003428568-X |
| Volume: | 5 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 223-230 |
| Keywords: | Mobile learning, Rover Scouts, Student activities |
| Date: | 15 July 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143736 |
