e-Myhomeroom

Bilah, Muhammad Syamaizar (2023) e-Myhomeroom. APS Proceedings, 5 (1): 34. pp. 221-222. ISSN 003428568-X
Abstract

Idea mengenai Homeroom ini telah diperkenalkan sejak tahun 1972 di MRSM Seremban dan kemudiannya dikembangkan ke MRSM lain. Sejak itu program Homeroom menjadi sebahagian program yang tidak boleh dipisahkan daripada program lain di MRSM. Program Homeroom sebagai teras kepada sistem pendidikan MRSM adalah untuk mendidik pelajar menjadi matang dan menjadi manusia lengkap untuk menghadapi cabaran masa depan. Proses pendidikan ini dibimbing oleh seorang guru penasihat. Di samping selalu proses pembelajaran akademik, pelajar juga akan didedahkan dengan budaya penerokaan sejajar dengan penerokaan di bidang Sains (Scientific Enquiry) melalui program pengayaan. Sekumpulan pelajar sebaya (12 – 15 orang) menjalani hidup bersama dalam suasana persaudaraan dengan seorang guru penasihat yang berfungsi sebagai pembimbing dan penjaga dalam ruang dari waktu yang tidak terbatas.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 143735.pdf]
Text
143735.pdf
Download (318kB)
Indexing & Metrics