Pengurusan tuntutan nafkah dan hak wanita yang diceraikan: kajian di Mahkamah Syariah Kelantan

Mohd Zawawi, Nur Ain Nazifa (2024) Pengurusan tuntutan nafkah dan hak wanita yang diceraikan: kajian di Mahkamah Syariah Kelantan. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Permohonan tuntutan nafkah adalah berdasarkan beberapa pengurusan yang telah dinyatakan dalam Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah.Walaupun hampir seratus tahun pindaan dan pembaharuan pengurusan dilakukan oleh Mahkamah Syariah, isu tuntutan nafkah di Mahkamah Syariah masih lagi timbul dan menjadi permasalahan dalam masyarakat masa kini. Pada tahun 2017 sehingga 2021, sebanyak 5,964 kes nafkah telah didaftarkan di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia. Manakala statistik dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan juga mencatatkan peningkatan dengan kes tuntutan nafkah isteri kebelakangan pada tahun 2022 meningkat sehingga 27%. Manakala bagi nafkah iddah pula meningkat sehingga 21%. Begitu juga kes tuntutan nafkah anak dan mut’ah, peningkatan yang direkodkan adalah sebanyak 40%. Permasalahan tiada kerjasama antara pihak-pihak juga merupakan salah satu punca kes tuntutan tidak dapat berjalan dengan lancar yang menyebabkan penangguhan kes kerap berlaku. Selain itu, penggunaan sistem perekodan e-Syariah dan e-Nafkah tidak digunakan secara maksima di Mahkamah Syariah Kelantan. Oleh itu, objektif kajian ini untuk menjelaskan tatacara pengurusan tuntutan nafkah dan hak wanita yang diceraikan di Mahkamah Syariah Kelantan, membincangkan isu pengurusan tuntutan nafkah dan hak wanita yang diceraikan di Mahkamah Syariah Kelantan dan menganalisa pendekatan bagi menambah baik pengurusan tuntutan nafkah dan hak wanita yang diceraikan di Mahkamah Syariah Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mengaplikasikan metod pengumpulan data melalui temubual, dokumen fail kes dan pemerhatian. Kajian ini telah menemu bual tiga orang Pegawai Mahkamah Syariah, dua Ahli Akademik, dua Peguam Syarie dan lima informan wanita yang diceraikan di Kelantan. Selain itu, sebanyak 20 fail kes telah dianalisis dan kaedah pemerhatian dijalankan di tiga buah Mahkamah Syariah Kelantan untuk menyokong dapatan temubual. Kemudian, kajian ini telah dianalisis menggunakan kaedah tematik. Hasil dapatan objektif pertama telah mendapati tatacara pengurusan tuntutan nafkah yang ditetapkan adalah di bawah Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Kelantan 2002 dan perlu dipatuhi oleh semua pihak. Segala perubahan yang ingin dilakukan dalam enakmen ini, memerlukan penelitian oleh pakar undang-undang. Objektif kedua juga telah mendapati terdapat tujuh tema bagi isu pengurusan nafkah yang terdapat di Mahkamah Syariah Kelantan iaitu kes tuntutan nafkah tertunggak, kes tuntutan nafkah meningkat, menarik semula kes tuntutan nafkah, kurang kesedaran literasi undangundang, kos dan fee proses tuntutan nafkah yang membebankan, prosedur pengurusan nafkah yang merumitkan dan kekangan penggunaan sistem e-rekod Mahkamah Syariah. Selain itu, objektif ketiga juga telah menjelaskan pendekatan untuk menambah baik pengurusan tuntutan nafkah di Mahkamah Syariah Kelantan. Pendekatan ini untuk melancarkan proses tuntutan nafkah di Mahkamah Syariah Kelantan dengan melihat dan menyemak semula tatacara pengurusan tuntutan nafkah di Mahkamah Syariah, memperluaskan sistem jaringan dengan pembinaan inovasi di Mahkamah Syariah Kelantan serta pengkhususan hakim yang membicarakan tuntutan nafkah. Pengurusan tuntutan nafkah di Mahkamah Syariah Kelantan yang kompetitif dan efisien dapat mengukuhkan lagi pengurusan tuntutan nafkah. Oleh itu, pengkaji percaya kajian ini dapat membantu dan memberi input kepada semua pihak untuk merealisasikan nilai kesejahteraan yang merupakan salah satu nilai teras Malaysia Madani.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Zawawi, Nur Ain Nazifa
2022218902
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Muhammud, Farah Safura
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Saidon, Rafeah
UNSPECIFIED
Subjects: K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence
K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Sarjana Pengajian Islam Kontemporari
Keywords: Pengurusan, nafkah, Mahkamah Syariah Kelantan, Hak wanita yang diceraikan
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143680
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 143680.pdf] Text
143680.pdf

Download (200kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

143680

Indexing

Statistic

Statistic details