Malaysia dilaporkan kehilangan RM 1.8 trilion pada tahun 2005-2014 melalui aliran kewangan haram yang berpunca daripada penglibatan tenaga kerja dalam aktiviti gejala rasuah. Isu integriti yang melibatkan trend rasuah di kalangan kakitangan kerajaan semakin meningkat, mencatatkan 418 kes (45.76%) pada 2018 dan 525 kes (47.68%) pada 2019. Sementara itu, kes rasuah sektor swasta dan rakyat mencatatkan 476 kes (53.24) pada 2018 dan 576 kes (52.32%) pada 2019. Manakala, Global Corruption Barometer 2017, Transparency International, GIACC pula melaporkan 23% daripada responden tinjauan menyumbang kepada rasuah kakitangan kerajaan. Kertas kerja ini menawarkan pemahaman instruktif tentang integriti modal insan, yang memerlukan pelan transformasi bersepadu dari perspektif Islam. Secara khususnya, perancangan pengukuhan integriti yang menyeluruh dan holistik diperlukan untuk meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama integriti. Keperluan implikasi positif serta penerapan maslahah(kebaikan awam) kepada tenaga kerja Muslim profesional perlu dibincangkan untuk menjelaskan bagaimana persepsi Islam mengambil kira realiti keadaan semasa yang sentiasa berubah.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Zin, Mohamad Zaid mohamadzaid@uitm.edu.my Abdul Latif, Mohd Syahiran UNSPECIFIED Ahmad, Nurfahiratul Azlina UNSPECIFIED Sulaiman, Rohaya UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic ethics B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan II Campus |
| Journal or Publication Title: | Proceedings Borneo International Islamic Conference |
| ISSN: | 2948-5045 |
| Volume: | 13 |
| Page Range: | pp. 388-391 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Integriti, Islam, Tenaga kerja muslim profesional |
| Date: | 6 September 2022 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143665 |
143665.pdf
