Abstract
Kajian ini meneroka konsep wakaf bersyarat (muaqqat) sebagai instrumen pengurusan harta Islam yang fleksibel dan relevan dalam memenuhi keperluan sosio-ekonomi semasa di Malaysia. Dalam konteks pengagihan harta selepas kematian, wakaf bersyarat membolehkan pewakaf menetapkan syarat atau tempoh tertentu bagi manfaat harta yang diwakafkan, menjadikannya lebih responsif terhadap kehendak pewakaf dan manfaat masyarakat. Walau bagaimanapun, pelaksanaan wakaf bersyarat masih kurang seragam di Malaysia, di mana kebanyakan undang-undang negeri berpegang kepada prinsip wakaf kekal. Kekurangan panduan piawai ini mengakibatkan jurang dalam aplikasi wakaf bersyarat yang berpotensi besar dalam sektor pendidikan, kesihatan, dan kewangan mikro. Kajian ini menggunakan kaedah Ulasan Literatur Sistematik (SLR) berasaskan pendekatan PRISMA untuk mengkaji literatur terkini berkaitan wakaf bersyarat dan amanah, melibatkan analisis kualiti dan kesesuaian tema. Hasil kajian menunjukkan bahawa wakaf bersyarat boleh menjadi mekanisme pengurusan yang berkesan untuk pewakaf di Malaysia, tetapi memerlukan sokongan undang-undang dan pentadbiran yang kukuh. Cadangan kajian ini termasuk pembangunan rangka kerja untuk wakaf bersyarat bagi wakaf selepas kematian, yang dapat memacu pengiktirafan dan pelaksanaannya secara lebih seragam di seluruh negeri. Implikasi kajian menunjukkan bahawa wakaf bersyarat mampu meningkatkan impak sosio-ekonomi yang mampan serta memenuhi hasrat pewakaf dalam menyumbang kepada masyarakat secara berterusan selaras dengan prinsip syariah.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ibrahim, Ahmad Ikmaluddin UNSPECIFIED Adenan, Faezy UNSPECIFIED Mohd Arif, Mohd Izzat Amsyar UNSPECIFIED Wan Jusoh, Wan Noor Hazlina UNSPECIFIED Mat Rani, Mohd Afandi UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS) |
| UiTM Journal Collections: | UiTM Journals > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS) |
| ISSN: | (e-ISSN) :0128-0902 |
| Volume: | 12 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 124-140 |
| Keywords: | Wakaf bertempoh, Wakaf muaqqat, Pengurusan wakaf, Wakaf amanah, Pengurusan harta, Wakaf bersyarat |
| Date: | 21 April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143581 |
