Kadar agihan zakat dan program pembangunan pendidikan asnaf di Sarawak bagi tahun 2016 hingga 2020: satu sorotan kajian

Abdul Arrahmannia, Husnia Qasrina and Awang Ramzi, Dayangku Nurfarhana Aleeza and Sawal, Sofea Khairuniesa and Mahmut, Nur Iqmalniza and Rosli, Nur Athirah and Aziz, Aemy (2022) Kadar agihan zakat dan program pembangunan pendidikan asnaf di Sarawak bagi tahun 2016 hingga 2020: satu sorotan kajian. Proceedings Borneo International Islamic Conference, 13: 36. pp. 275-281. ISSN 2948-5045
Abstract

Agihan zakat merupakan satu elemen terpenting dalam pembangunan dan peningkatan taraf hidup golongan asnaf dan masyarakat di Malaysia. Melalui agihan zakat yang dilakukan mampu meningkatkan kuasa beli dikalangan golongan asnaf disamping mampu meningkatkan taraf hidup mereka. Agihan zakat yang dilakukan menjurus kepada golongan yang memerlukan dan tidak berkeupayaan untuk meningkatkan pendapatan mereka dalam berbelanja. Oleh itu dengan agihan zakat ini dapat meringankan beban mereka bagi memenuhi keperluan asas dalam kehiudpan. Selain itu juga program bantuan pendidikan merupakan salah satu bentuk bantuan terpenting kepada golongan asnaf fakir dan miskin kerana pendidikan merupakan salah satu kaedah atau tiket penting yang dapat mengubah kehidupan dan mengeluarkan golongan ini daripada kepompong kemiskinan. Disebabkan oleh kepentingan pendidikan ini kepada golongan asnaf fakir dan miskin, maka institusi zakat giat memainkan peranan dalam menyalurkan dana zakat dalam bentuk bantuan pendidikan kepada golongan asnaf dan memastikan golongan asnaf fakir miskin ini mendapat peluang pendidikan dan berjaya seperti orang lain. Oleh itu kertas kajian ini akan melihat sejauh mana program pembangunan dan agihan zakat telah dijalankan di negeri Sarawak bagi tahun 2016-2020, dan siapakah golongan sasaran yang terlibat dalam agihan yang dilakukan oleh pihak Tabung Baitulmal Sarawak.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 143481.pdf]
Text
143481.pdf
Download (226kB)
Indexing & Metrics
Download Statistics