Perbincangan strategik MITASA dan pejabat pendaftar perkasa suara ahli

UiTM Shah Alam, MITASA (2026) Perbincangan strategik MITASA dan pejabat pendaftar perkasa suara ahli. Bulletin. Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA), Shah Alam.
Abstract

Bagi membincang dengan lebih lanjut mengenai beberapа perkara yang melibatkan pengurusan, Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pendaftar pada 8 Januari 2026. MITASA diketuai oleh Presiden, Encik Mohd Amirul Akhbar Mohd Zulkifli dan turut diiringi oleh ialah Bendahari MITASA, Dr Mohd Firdaus Ahmad dan EXCO MITASA, Dr Ahmad Muhyiddin Yusof, Prof Madya Dr Saiful Aman Sulaiman dan Puan Haliza Ab Ghani. Pertemuan dua jam tersebut disambut oleh Yang Menjalankan Tugas Pendaftar, Encik Nor Amiruddin Mokhtaruddin. Pelbagai perkara dibincangkan bersama kedua-dua pihak melibatkan isu-isu yang dibangkitkan pensyarah UiTM yang juga ahli MITASA iaitu seperti isu pecah kontrak, permohonan pertukaran, perjawatan dan sebagainya. Banyak pencerahan yang diterima dan MITASA berharap pertemuan tersebut menjadi titik permulaan kepada satu hubungan yang lebih konsisten selepas ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 143467.pdf]
Text
143467.pdf
Download (697kB)
Indexing & Metrics
Download Statistics