Abstract
KOTA KINABALU, 24 Jun 2026 - UiTM Cawangan Sabah telah menganjurkan Program Ziarah Kasih sebagai inisiatif kebajikan bagi membantu pelajar baharu daripada keluarga B40 yang memerlukan. Program yang diketuai oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) ini bertujuan memberi sokongan kewangan dan moral kepada pelajar sebelum memulakan pengajian di universiti. Seramai empat orang pelajar menerima sumbangan bagi meringankan kos awal kemasukan ke institusi pengajian tinggi. Menurut pihak penganjur, program ini bukan sahaja membantu dari segi kewangan, malah memberi motivasi dan semangat kepada pelajar untuk memulakan kehidupan sebagai mahasiswa. Secara keseluruhannya, Program Ziarah Kasih ini berjaya mencapai objektifnya dalam membantu pelajar B40 serta mengukuhkan komitmen UiTM terhadap kebajikan mahasiswa.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM Shah Alam, Hal Ehwal Pelajar UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Bahagian Hal Ehwal Pelajar |
| Keywords: | Buletin HEP, jejak kasih 2.0, Cawangan Sabah |
| Date: | 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143437 |
