Abstract
KOTA SAMARAHAN, 26 Jun 2026 - UiTM Cawangan Sarawak telah melaksanakan Program Ziarah Kasih di Taman Desa Damai sebagai usaha menyantuni pelajar baharu daripada golongan B40. Program yang berlangsung pada jam 4.00 petang itu diketuai oleh Rektor UiTM Sarawak, Profesor Dr. Firdaus Abdullah, bersama Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HЕР), Profesor Madya Dr. Saimi Bujang serta beberapa kakitangan HEP. Lawatan tersebut melibatkan pelajar baharu, yang bakal melanjutkan pengajian di UiTM Kampus Samarahan pada September 2026. Pelajar dan keluarganya berdepan kekangan kewangan dalam membuat persediaan awal ke universiti. Prihatin dengan keadaan itu, pihak UiTM telah menyampaikan sumbangan serta bantuan barangan makanan melalui inisiatif Food Bank bagi meringankan beban keluarga. Secara keseluruhannya, Program Ziarah Kasih ini mencerminkan komitmen UiTM dalam menjaga kebajikan pelajar serta memastikan akses pendidikan tinggi dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM Shah Alam, Hal Ehwal Pelajar UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Bahagian Hal Ehwal Pelajar |
| Keywords: | Buletin HEP, Jejak kasih 2.0, Cawangan Sarawak |
| Date: | 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143431 |
