Ziarah Kasih UiTM Cawangan Pahang (Jengka): menyantuni perjuangan menyalakan harapan

UiTM Shah Alam, Hal Ehwal Pelajar (2026) Ziarah Kasih UiTM Cawangan Pahang (Jengka): menyantuni perjuangan menyalakan harapan. Bulletin. Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Shah Alam.
Abstract

JENGKA, 23 Jun 2026 - Di sebalik senyuman seorang anak yang berjaya melangkah ke universiti, tersimpan pengorbanan ibu bapa yang tidak pernah diceritakan. Ada yang berjuang dalam kesempitan hidup, menahan kesakitan dan mengorbankan segala yang ada demi memastikan impian anak mereka tidak terkubur. Atas rasa prihatin, UiTM Cawangan Pahang menerusi Program Ziarah Kasih telah menziarahi Ainin Sofiya binti Mohd Shukri (AS120) pada 18 Jun 2026, Nur Farah Wahida binti Mohd Rasli (BA132) pada 22 Jun 2026, Nur Aqeela Qhaira (AS120) dan Siti Hajar binti Jamal (AS120) pada 23 Jun 2026, serta Nur Qistina Syahzanani binti Syali (EC110) pada 25 Jun 2026.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 143390.pdf]
Text
143390.pdf
Download (619kB)
Indexing & Metrics