Agihan zakat oleh UiTM Cawangan Sabah: suatu sorotan

Tarmuji, Razizi and Abd Malik, Nor Alhana and Roseline, Abdul Kadir and Mohd Amin, Samsuddin (2022) Agihan zakat oleh UiTM Cawangan Sabah: suatu sorotan. Proceedings Borneo International Islamic Conference, 13: 15. pp. 124-129. ISSN 2948-5045

Official URL: https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/issue/...

Abstract

Institusi zakat memainkan peranan besar dalam memberi bantuan kewangan kepada pelajar di institusi pengajian tinggi. Peranan institusi zakat ini semakin penting terutamanya semasa wabak Covid-19 yang banyak menjejaskan pendapatan orang ramai. Pelbagai bentuk bantuan pendidikan diwujudkan dengan menawarkan biasiswa, dermasiswa dan lain-lain bantuan kewangan tambahan menggunakan dana zakat. Bagi mengurangkan birokrasi permohonan zakat oleh pelajar dan menambah kecekapan agihan, banyak institusi pengajian tinggi (IPT) dilantik sebagai penolong amil untuk menguruskan agihan zakat kepada pelajar. Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan IPT pertama yang telah dilantik sebagai penolong amil oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada tahun 1998. Manakala di Sabah, UiTMCawangan Sabah telah memeterai MoU dengan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) pada tahun 2012 sebagai asas kerjasama antara kedua-dua institusi tersebut dalam pelbagai bidang berkaitan pendidikan, penyelidikan dan bantuan kewangan. Bermula tahun 2014, pihak MUIS telah meyumbang dana zakat kepada pihak UiTM Cawangan Sabah untuk menguruskan pengagihannya kepada pelajar. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenalpasti proses agihan zakat kepada pelajar yang dikendalikan oleh pihak UiTM Cawangan Sabah. Kajian mendapati proses agihan zakat di UiTMCawangan Sabah adalah bersistematik dan memberi fleksibiliti kepada pelajar dalam permohonan zakat mereka khususnya ketika situasi pandemik Covid-19 apabila kuliah dijalankan secara atas talian sepenuhnya. Namun begitu terdapat beberapa cabaran dalam mengurus proses agihan zakat tersebut dan cadangan untuk penambahbaikan sistem agihan zakat juga diutarakan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Tarmuji, Razizi
raziz106@uitm.edu.my
Abd Malik, Nor Alhana
noral801@uitm.edu.my
Roseline, Abdul Kadir
akrosline@uitm.edu.my
Mohd Amin, Samsuddin
samsuddin@uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat)
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sabah > Kota Kinabalu Campus
Journal or Publication Title: Proceedings Borneo International Islamic Conference
ISSN: 2948-5045
Volume: 13
Page Range: pp. 124-129
Related URLs:
Keywords: Agihan zakat, UiTM, Permohonan zakat
Date: 6 September 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143387
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 143387.pdf] Text
143387.pdf

Download (162kB)

ID Number

143387

Indexing

Statistic

Statistic details