Abstract
Zakat terbukti dapat membantu asnaf di Universiti Awam (UA) khususnya di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah. Kewujudan unit zakat UiTM Kedah seterusnya di bawah pentadbiran Koordinator Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAS) di UiTM Kedah telah berjaya meringankan beban asnaf dalam kalangan mahasiswa melalui agihan zakat setiap semester. Banyak keperluan asnaf di kampus berjaya diselesaikan melalui bantuan dana zakat yang diterima. Berlatar belakangkan fenomena ini, kajian ini bertujuan untuk mengkaji impak dana zakat yang diagihkan kepada pelajar di UiTM Kedah. Data dikumpul secara atas talian menggunakan google form yang disi oleh pelajar yang menerima zakat UiTM Kedah. Data tersebut dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 8.0. Hasil kajian mendapati zakat dapat memenuhi keperluan pelajar seperti internet dan telefon, buku dan alat tulis, keperluan makan dan minum dan sebagainya.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ayub, Mohd Nasir mnasir251@uitm.edu.my Mat Hassan, Surita Hartini suritahartini@uitm.edu.my Lateh, Najahuddin najahudin@uitm.edu.my Md Ishak, Mohd Muhaizam muhaizam@uitm.edu.my Anasat, Muhammad Naim naim.nabil@zakatkedah.com.my Hilmi, Mohd Nabil hilmi.anasat@zakatkedah.com.my |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Kedah |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Raub Campus Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Journal or Publication Title: | Proceedings Borneo International Islamic Conference |
| ISSN: | 2948-5045 |
| Volume: | 13 |
| Page Range: | pp. 113-118 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Impak, Agihan, Zakat pendapatan, pelajar UiTM Kedah |
| Date: | 6 September 2022 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143380 |
