Tadbir urus wakaf pendidikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Malaysia: satu tinjauan awal

Mat Hassan, Surita Hartini and Ayub, Mohd Nasir and Hamid, Che Khadijah and Abdullah, Sakinatul Raadiyah and Yahaya, Salimah and Fazial, Farahdina (2022) Tadbir urus wakaf pendidikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Malaysia: satu tinjauan awal. Proceedings Borneo International Islamic Conference, 13: 12. pp. 108-112. ISSN 2948-5045
Abstract

Wakaf Pendidikan bukanlah perkara baru dalam kalangan masyarakat, malah amalannya telah diamalkan oleh generasi ulama dahulu yang mewakafkan harta mereka kepada institusi pondok dan sekolah agama. Namun kini amalannya mula berkurang bahkan ada yang tidak mengetahui mengenai “wakaf pendidikan”. Institusi pendidikan di Asia Barat sejak dulu menggunakan harta wakaf bagi tujuan pengurusan, perbelanjaan dan pembinaan universiti. Berdasarkan fakta inilah kajian ini dilakukan bagi menyemarakkan lagi pelaksanaan amalan “wakaf pendidikan” di institusi pendidikan di Malaysia terutamanya institusi pendidikan berasaskan agama Islam seperti Sekolah Agama Rakyat (SAR) bagi mengatasi isu-isu berkaitan pelajar dan pentadbiran terutamanya melibatkan kewangan. SAR merupakan sekolah agama yang ditubuh dan dikendalikan oleh masyarakat dari segi pentadbiran, kewangan, pengurusan, sukatan pelajaran dan lain-lain. Kebanyakan SAR tidak menerima dana daripada kerajaan. Oleh sebab itu, SAR menjana pendapatan secara persendirian dan juga menerima bantuan daripada orang ramai termasuklah dalam bentuk wakaf pendidikan. Justeru kajian ini mempunyai dua objektif. Pertama, mengenal pasti urus tadbir SAR di Malaysia. Kedua menganalisis urus tadbir terhadap wakaf pendidikan SAR di Malaysia. Kajian ini dilakukan secara analisis kandungan terhadap data yang dikumpul melalui penelitian terhadap sumber sekunder seperti buku, jurnal, majalah dan sebagainya. Hasil kajian dapat memberikan gambaran bentuk-bentuk wakaf pendidikan yang diterima SAR di Malaysia dan kaedah pengurusannya dapat dijadikan contoh kepada SAR di seluruh Malaysia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 143379.pdf]
Text
143379.pdf
Download (156kB)
Indexing & Metrics