Abstract
Mazhab Syafi’i dikenali sebagai sebuah mazhab fiqah yang kaya dari segi ilmu dan pengaruhnya dalam sejarah perundangan Islam dan kefatwaan. Justeru, artikel ini meneliti hirearki fatwa dan hukum dalam khazanah kitab-kitab fiqah para ulama mazhab Syafi’i yang menjadi rujukan sepanjang zaman. Khazanah fatwa dan hukum tersebut merangkumi pendapat Imam al-Syafi’i, para murid dan fuqaha Syafi’iyyah terdahulu. Sebagai sebuah kajian kualitatif, artikel ini akan menggunakan kaedah analisis teks yang dipertegaskan oleh fuqaha Syafi’iyyah mengenai autoriti fatwa-fatwa mazhab tersebut. Berdasarkan analisis yang dijalankan, didapati kitab-kitab fiqh Syafi’iyyah tidak berada dalam satu tahap yang sama dari segi autoriti kerajihan dan keiktimadannya disebabkan terdapat ikhtilaf fatwa dan periwayatannya dalam kalangan mereka. Hal ini kemudiannya mendorong usaha pentahkikan, penyaringan, penyuntingan dan pentarjihan fatwa-fatwa tersebut dilakukan oleh para ulama muhakkik seperti al-Rafi’iy dan al-Nawawiy yang dikenali dengan gelaran al-shaykhayn untuk diangkat sebagai fatwa muktamad mazhab Syafi’i. Usaha pentahkikan tersebut disambung pula oleh dua fuqaha Syafi’iyyah selepas itu iaitu Ibn Hajar al-Haytami dan Syams al-Din al-Ramli yang meneliti hasil kerja al-Shaykhayn. Rentetan dari pentarjihan fatwa-fatwa rajih, fuqaha Syafi’iyyah mutakhirin telah mengemukakan panduan rujukan fatwa mengenai hirearki rujukan muktamad dalam mazhab Syafi’i. Panduan ini penting untuk diikuti oleh para mufti Syafi’iyyah ketika mengeluarkan pandangan hukum yang dinisbahkan kepada mazhab Syafi’i. Berdasarkan hirearki kitab-kitab fiqah mazhab Syafi’i yang disenaraikan, fatwa yang dianggap kuat, sahih dan muktamad di antara sekalian ikhtilaf pendapat yang direkodkan oleh kitab-kitab fuqaha Syafi’iyyah akan difahami dengan teratur. Dengan demikian, penzahiran fatwa yang lemah (da’if), pelik (shadh) dan ditolak (marjuh) yang mengakibatkan kecelaruan beramal dalam masyarakat akan dapat dielakkan walaupun dalam keadaan tertentu ia digunakan secara terkawal.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mahaiyadin, Mohd Hapiz UNSPECIFIED Abdul Aziz, Sumayyah UNSPECIFIED Omar, Nizaita UNSPECIFIED Mohiddin, Mas Nooraini UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS) |
| UiTM Journal Collections: | UiTM Journals > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS) |
| ISSN: | (e-ISSN) :0128-0902 |
| Volume: | 12 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 44-55 |
| Keywords: | Fatwa, Hirarki, Mazhab, Muktamad, Syafi’iyyah |
| Date: | 21 April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143368 |
