Abstract
Kajian ini berlandaskan practice-based yang membincangkan karya Sekeping Hati sebagai medium seni upcycle berasaskan tekstil terbuang yang digarap melalui kerangka autoetnografi dan estetika Islam. Permasalahan utama kajian ini berpusat pada bagaimana elemen seni fiber seperti pemilihan material, teknik jahitan, susunan motif, dan palet warna mampu berfungsi sebagai naratif senyap untuk mendokumentasikan pengalaman emosi, proses pemulihan jiwa, serta kesedaran ekologi. Isu ini timbul kerana seni kontemporari sering diinterpretasi hanya dari aspek visual dan bentuk, sedangkan dalam tradisi Islam, seni turut memikul peranan dakwah, terapi diri, dan kelestarian alam. Analisis visual mendapati denim yang keras melambangkan luka batin, sifon rapuh melambangkan harapan, manakala teknik berulang seperti sulaman, tindanan butang, dan pembakaran fabrik membawa simbol kesabaran, trauma, dan perlindungan rohani. Dari segi warna, hitam melambangkan kesedihan, merah trauma dan semangat, hijau harapan, biru ketenangan, dan putih pemulihan. Ulasan motif hati, pusaran, dan sulaman pakis memperlihatkan naratif perjalanan jiwa yang tidak linear namun progresif. Secara keseluruhan, karya ini menzahirkan prinsip jamal (keindahan) dalam bentuk dan warna, mizan (keseimbangan) antara zahir dan batin, nilai tawhidik dalam hubungan insan, Allah dan alam, serta maqasid seni sebagai pendidikan rohani dan sosial. Kajian ini membuktikan bahawa seni berlandaskan Islam bukan sahaja indah secara estetik, tetapi turut berfungsi sebagai instrumen perubahan diri, sosial, dan spiritual, serta membuka ruang baharu dalam wacana seni kontemporari yang menghubungkan kreativiti dengan dakwah, terapi, dan kelestarian.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamed Amin, Noor Hidawati UNSPECIFIED Mohamed Shaari, Zuriati UNSPECIFIED |
| Subjects: | T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts > Home arts. Homecrafts. > Textile arts and crafts |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS) |
| UiTM Journal Collections: | UiTM Journals > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS) |
| ISSN: | (e-ISSN) :0128-0902 |
| Volume: | 12 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 29-43 |
| Keywords: | Estetika Islam, Tekstil terpakai, Penyelidikan berasaskan amalan, Seni upcycle, Seni fiber |
| Date: | 21 April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143353 |
