14 Februari 2024, Seri Iskandar. Dalam dunia yang disokong oleh inovasi dan jalinan global, pihak Pejabat Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni, UiTM Cawangan Perak dengan sukacitanya menganjurkan program kolaborasi peringkat antarabangsa bersama UiTM Cawangan Pahang dan Universiti Sebelas Maret, Indonesia iaitu Program Paradigma Seni Perkayuan. Inisiatif ini bertindak sebagai keperluan untuk merapatkan hubungan akademik antara universiti awam dan antarabangsa, dalam masa yang sama menjalinkan hubungan kepakaran dengan pihak industri antarabangsa. Dengan memanfaatkan kekuatan institusi tempatan dan antarabangsa, kami berhasrat untuk memupuk ruang kerjasama yang merentasi sempadan, memupuk pertukaran idea selain meneruskan aktiviti bersama universiti antarabangsa. Program Paradgima Seni Perkayuan juga mempunyai visi untuk mewujudkan ekosistem dinamik antara tenaga pengajar tempatan dan antarabangsa, kerjasama pengamal industri antarabangsa, pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa serta komuniti setempat. Program ini juga membuka peluang pendedahan serta medekatkan para akademik dari Universiti dan bidang yang berbeza bersama pihak industri dan masyarakat melalui program Paradigma Seni Perkayuan yang menjurus kepada kepakaran tertentu
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ramlie, Mohd Khairulnizam UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Strategic alliances. Business networks H Social Sciences > HM Sociology > Groups and organizations N Fine Arts > NX Arts in general |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-2 |
| Keywords: | Seni perkayuan, Industri antarabangsa, Universiti Sebelas Maret, Indonesia, UiTM Cawangan Perak, UiTM Cawangan Pahang |
| Date: | 22 February 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143347 |
143347.pdf
