Satu program berkat kerjasama daripada Unit Pengurusan Kualiti, Kelab Pensyarah dan KKUUiTM telahpun berjaya diadakan pada 22 September 2023 yang lalu. Aktiviti gotong royong khas telah dijalankan di mana warga UiTM Cawangan Pahang dialu-alukan untuk turut serta bagi memeriahkan lagi suasana di samping menunjukkan tanda sokongan kepada aktiviti gotong royong EKSA Ucph 2023 ini. Tujuan program ini diadakan adalah sebagai satu bentuk persediaan para pensyarah dan staf sebelum bermulanya semester baharu. Program dimulakan dengan sedikit taklimat daripada En. Jalcairul Azris Jalaludin dan diteruskan dengan aktiviti senam regangan di One Stop Centre. Selepas itu, aktiviti gotong royong pun dimulakan di Pejabat/Fakulti/Bilik Pensyarah masing-masing. Barang barang yang ingin dilupuskan dikumpulkan dengan kemas di One Stop Centre bagi memudahkan proses pembuangan
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Tahreb, Nurus Syahidah UNSPECIFIED Ramli, Mohd Safwan UNSPECIFIED Jalaluddin, Jalcairul Azris UNSPECIFIED Bakar, Sulaila UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HC Economic History and Conditions > Environmental policy and economic development. Sustainable development. Environmental management H Social Sciences > HM Sociology > Groups and organizations H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform > Community development. Rural development |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-2 |
| Keywords: | Gotong royong, Unit Pengurusan Kualiti, Kelab pensyarah, UiTM Cawangan Pahang |
| Date: | 24 November 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143328 |
143328.pdf
