Ziarah Kasih UiTM Cawangan Melaka: ziarah kasih UiTM penyuntik semangat

UiTM Shah Alam, Hal Ehwal Pelajar (2026) Ziarah Kasih UiTM Cawangan Melaka: ziarah kasih UiTM penyuntik semangat. Bulletin. Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Shah Alam.

Abstract

ALOR GAJAH, 02 Julai 2026 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM Cawangan Melaka telah melaksanakan Program Ziarah Kasih 2.0 bagi menyantuni pelajar baharu sesi September 2026 yang kurang berkemampuan. Program yang telah diadakan pada 25 Jun dan 01 Julai ini melibatkan lawatan ke kediaman pelajar baharu yang akan mendaftar di Kampus Alor Gajah dan Kampus Jasin Melaka. Lawatan ke rumah para pelajar baharu ini telah disertai oleh Prof. Datuk Ts. Dr. Hj. Mohd Rasdi bin Hj. Zaini, Rektor UiTM Cawangan Melaka, bersama Prof. Madya Ts. Dr. Nadzri bin Hj. Mohd Sharif, Timbalan Rektor (HEP), Penolong Rektor Kampus Jasin dan turut bersama Ketua Pusat Pengajian FSKM, pegawai HEP dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Selain menyampaikan sumbangan keperluan asas, program ini menjadi platform untuk berkongsi maklumat mengenai bantuan kebajikan dan kehidupan di kampus serta mengeratkan hubungan antara UiTM dengan pelajar dan keluarga. Inisiatif ini diharap dapat meringankan beban keluarga serta memberi suntikan semangat kepada para pelajar untuk memulakan pengajian dengan lebih yakin dan bersemangat.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM Shah Alam, Hal Ehwal Pelajar
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Keywords: Buletin HEP, Jejak kasih 2.0, Kampus Shah Alam
Date: 2026
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143318
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 143318.pdf] Text
143318.pdf

Download (604kB)

ID Number

143318

Indexing

Statistic

Statistic details