Keberkesanan pilihanraya digital sebagai alternatif pengisytiharan darurat di Malaysia

Abdullah, Muhammad Anwar Fahmi Hari Das (2022) Keberkesanan pilihanraya digital sebagai alternatif pengisytiharan darurat di Malaysia. Proceedings Borneo International Islamic Conference, 13: 10. pp. 86-100. ISSN 2948-5045

Official URL: https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/issue/...

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat perkaitan keberkesanan pilihan raya digital sebagai alternatif pengisytiharan darurat di Malaysia, khususnya ketika perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dilaksanakan. Terdapat tiga objektif kajian untuk dicapai. Pertama, adakah keberkesanan pilihan raya digital mampu mengelakkan pengisytiharan darurat oleh YDPA.Kedua, apakah tahap persediaan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia(SPR) terhadap saranan melaksanakan Pilihan Raya secara digital di Malaysia.Ketiga, apakah implikasi pengisytiharan darurat terhadap sistem pilihan raya umum. Penyelidikan ini melibatkan,method kualitatif. Pendekatan penyelidikan Braun dan Clarke (2006) untuk analisis enam langkah pengukuhan tema, telah digunakan untuk, analisa transkrip para informan(thematic Analysis). Seramai empat orang sarjana mahupun pensyarah kanan yang memiliki PhD dari kalangan pensyarah Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media(FKPM) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka, telah ditemubual. Dapatan kajian mendapati majoriti informan bersetuju SPR wajar melaksanakan pilihan raya secara online. SPR juga dilihat kurang bersiap siaga untuk melaksanakan pilihan raya di atas talian, disebabkan pelbagai halangan seperti isu sistem,teknologi, peruntukan dan juga penerimaan pengundi akar umbi.Dari aspek implikasi pengisytiharan darurat, dilihat amat memberikan tekanan kepada rakyat, menggugat ekonomi negara serta, khidmat nasihat yang diberikan kepada YDPA dan Istana, oleh badan penasihat khas wajar bertindak berkecuali dan profesional.Penyelidikan ini diharapkan dapat membantu pihak Istana Negara dan juga SPR, hatta kerajaan mencari alternatif terbaik untuk mengelakkan pengisytiharan darurat ketika penularan ancaman Covid -19 pada masa hadapan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdullah, Muhammad Anwar Fahmi Hari Das
mafagreatglobal@gmail.com
Subjects: J Political Science > JA Political science (General) > Political science > Malaysia
J Political Science > JF Political institutions and public administration > Elections. Electoral systems. Voting
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Journal or Publication Title: Proceedings Borneo International Islamic Conference
ISSN: 2948-5045
Volume: 13
Page Range: pp. 86-100
Related URLs:
Keywords: Keberkesanan, Pilihan raya digital, Pengisytiharan darurat, Malaysia
Date: 6 September 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143315
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 143315.pdf] Text
143315.pdf

Download (224kB)

ID Number

143315

Indexing

Statistic

Statistic details