AgroMIND komited laksana penyeragaman dan pemantauan secara sistematik bagi produk inovasi KIK, Dynamic Cultivator Blade

Karim, Juliana and Tamby Husin, Natasha Afzan and Wan Mat, Wan Azizi (2023) AgroMIND komited laksana penyeragaman dan pemantauan secara sistematik bagi produk inovasi KIK, Dynamic Cultivator Blade. UiTM News Hub. pp. 1-2.
Abstract

Pada 29 September 2023, wakil kumpulan AgroMIND Puan Suraya Abdullah telah membuat lawatan penyeragaman dan pemantauan penggunaan DCB di Kampus Jengka bersama beberapa orang staf ladang dari Kampus Jengka UiTM Pahang. Hasil dari lawatan tersebut, pengguna menyatakan DCB dapat menghasilkan plot tanaman yang lebih berkualiti dari segi saiz struktur tanah berbanding kaedah konvensional atau produk sedia ada di pasaran. Selain itu, sesi penyeragaman dan pemantauan juga telah dilaksanakan di Kampus Jasin yang melibatkan 7 orang pekerja dari Unit Landskap Widad Facilities Management. Sesi ini telah dikenadilakan oleh Fasilitator Kumpulan, Puan Juliana Karim, Puan Nurulhuda Abdul Rahim, Puan Natasha Afzan Tamby Husin dan En Wan Azizi Wan Mat. Selepas penggunaan DCB, pemantauan penggunaan alat telah dilaksanakan dengan mengedarkan borang kaji selidik untuk menilai keberkesanan produk. Hasil dari kaji selidik mendapati penggunaan Dynamic Cultivator Blade dapat meningkatkan kecekapan kerja di ladang berbanding kaedah konvensional atau produk sedia ada di pasaran Penggunaan teknologi seumpama ini diharapkan dapat membantu melestarikan bidang pertanian di Malaysia

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 143314.pdf]
Text
143314.pdf
Download (493kB)
Indexing & Metrics