Pusat Pengajian Industri Perkayuan (PPIP) UiTM Pahang telah menganjurkan Program Perkongsian Ilmu: Pemprosesan Produk Biokomposit bersama 10 orang pegawai Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) di Bengkel Perkayuan UiTM Jengka bermula 31 Julai 2023 sehingga 3 Ogos 2023. Seramai 10 orang staf PPIP yang terlibat di dalam program ini. Program ini adalah bertujuan menghasilkan sesuatu hasilan atau pun output yang berguna kepada pihak LKTN. Ia merupakan khidmat masyarakat yang disediakan melalui kaedah perkongsian ilmu dalam pembuatan Wood Plastic Composite (WPC). Aktiviti ini penting untuk memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan pensyarah. Bukan itu sahaja, malahan dengan perancangan khidmat masyarakat yang sempurna sama ada di dalam UiTM atau luar UiTM dapat memberikan impak kepada pensyarah itu sendiri khususnya dalam memberikan khidmat serta komitmen kepada masyarakat sama ada di peringkat daerah ataupun di peringkat nasional.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad, Nurrohana UNSPECIFIED Ahmad Zaki, Junaiza UNSPECIFIED Zakaria, Noorshashillawati Azura UNSPECIFIED Shafie, Amran UNSPECIFIED Lee, Seng Hua UNSPECIFIED Wan Abdul Rahman, Wan Mohd Nazri UNSPECIFIED Rosman, Norhafizah UNSPECIFIED Sarmin, Siti Noorbaini UNSPECIFIED Idris, Ahmad Sardey UNSPECIFIED Abdullah, Sharil Izanir UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Strategic alliances. Business networks H Social Sciences > HM Sociology > Groups and organizations L Education > LC Special aspects of education > Types of education |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-3 |
| Keywords: | Produk Biokomposit, Pusat Pengajian Industri Perkayuan, UiTM Cawangan Pahang |
| Date: | 2 October 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143306 |
143306.pdf
