Abstract
SUBANG JAYA, 15 Jun 2026 - Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan kerjasama Yayasan Perkasa Siswa telah melaksanakan Program Ziarah Kasih bagi menyantuni bakal mahasiswa UiTM di sekitar Lembah Klang. Program ini diketuai oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof. Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi, bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa (YPS), En. Hirman Awang. Lawatan tersebut bertujuan menyampaikan bantuan kewangan dan sokongan moral kepada bakal pelajar yang akan mendaftar. Melalui program ini, pihak UiTM berpeluang melihat sendiri keadaan keluarga pelajar serta memahami cabaran yang dihadapi dalam membuat persediaan awal ke universiti. Inisiatif ini mencerminkan komitmen UiTM dalam memastikan tiada pelajar tercicir daripada melanjutkan pengajian akibat kekangan kewangan, di samping memperkukuh hubungan antara universiti, pelajar dan komuniti.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM Shah Alam, Hal Ehwal Pelajar UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Bahagian Hal Ehwal Pelajar |
| Keywords: | Buletin HEP, Jejak kasih 2.0, Kampus Shah Alam |
| Date: | 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143305 |
