Pembangunan sosioekonomi masyarakat muslim Idahan Sabah melalui industri sarang burung: satu kajian awal

Ahmadun, Musaiyadah and Ambo, Nur Ilma (2022) Pembangunan sosioekonomi masyarakat muslim Idahan Sabah melalui industri sarang burung: satu kajian awal. Proceedings Borneo International Islamic Conference, 13: 5. pp. 51-56. ISSN 2948-5045

Official URL: https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/issue/...

Abstract

Suku kaum Idahan merupakan antara etnik minoriti yang terdapat di Malaysia khususnya di Sabah. salah satu kegiatan ekonomi masyarakat Idahan yang dapat dilihat sehingga kini adalah melalui pengutipan sarang burung. Kegiatan ekonomi ini bertahan sehingga ke hari ini kerana ia merupakan satu kegiatan ekonomi warisan yang diperuntukkan dari satu generasi kepada satu generasi dan ia sangat berkait rapat dengan faktor sosial etnik Idahan.Oleh itu, objektif kajian ini adalah pertama, menghuraikan status sosioekonomi kaum Idahan berdasarkan pendapatan dan pemilikan waris melalui industri sarang burung walet. Kedua, mengenalpasti cabaran yang dihadapi masyarakat Idahan sepanjang berkecimpung dalam industri sarang burung walet. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk deduktif. Melalui metod deduktif ini, literatur yang dikumpulkan adalah dalam berbentuk umum dan daripadanya akan dibuat satu kesimpulan khusus. Hasil kajian menunjukkan pendapatan masyarakat Idahan dalam industri sarang burung walet masih lagi pada tahap sederhana kerana mengikut harga pasaran dan kualiti sarang burung yang dikutip. Seterusnya, bagi pemilikan waris sarang burung walet, masyarakat Idahan menggunakan mekanisma sistem kekerabatan. Akhir sekali terdapat beberapa cabaran yang dihadapi iaitu sistem pengeluaran dan penuaian sarang burung masih bersifat tradisional dan prestasi penuaian dan kutipan hasil sarang burung masih berada tahap yang tidak memuaskan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmadun, Musaiyadah
musaiyadah@uitm.edu.my
Ambo, Nur Ilma
nurilma1506@gmail.com
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > Ethnic groups
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform > Community development. Rural development
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sabah > Kota Kinabalu Campus
Journal or Publication Title: Proceedings Borneo International Islamic Conference
ISSN: 2948-5045
Volume: 13
Page Range: pp. 51-56
Related URLs:
Keywords: Pembangunan, Sosioekonomi, Idahan, Sarang burung
Date: 6 September 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143301
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 143301.pdf] Text
143301.pdf

Download (158kB)

ID Number

143301

Indexing

Statistic

Statistic details