Elemen nilai murni Islam dalam pantun Sarawak: tanda kasih kesetiaan sejati

Nahar, Aishah Rohani and Wan Mohd Zain, Wan Norlidza and Malie, Yusop and Malie, Senian and Jamain, Mohd. Sapawi (2023) Elemen nilai murni Islam dalam pantun Sarawak: tanda kasih kesetiaan sejati. Proceedings Borneo International Islamic Conference, 14: 16. pp. 122-133. ISSN 2948-5045
Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meneliti elemen nilai murni Islam pantun Melayu Sarawak dalam kalangan bangsa Melayu Sarawak. Terdapat 16 komponen teras nilai murni Islam oleh Rozita Che Rodi (2017) digunakan untuk meninjau penerapan aspek tatasusila bagi kelangsungan kehidupan bangsa Melayu Sarawak. Kajian ini diteliti berorientasikan kajian kepustakaan. Persampelan yang diaplikasikan dalam kajian ini menggunakan persampelan bertujuan. Rangkap pantun yang dipilih sebagai sampel menggunakan teknik persampelan rawak sistematik. Pengkaji menggunakan kaedah kajian analisis teks untuk menganalisis data dalam rangkap pantun dipilih sebagai sampel yang terdapat dalam naskhah Pantun Sarawak: Tanda Kasih Kesetiaan Sejati (2014) karya Abang Seruji Abang Muhi untuk menganalisis data. Analisis dan dapatan kajian ini akan dibincangkan kemudian.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 143275.pdf]
Text
143275.pdf
Download (170kB)
Indexing & Metrics