Kajian keciciran di kalangan pelajar sarjana muda yang mengikuti program Pendidikan Secara Jarak Jauh (PJJ) dan Pendidikan Fleksibel (FLP) Universiti Teknologi MARA.

Alias, Nor Aziah and Jamaludin, Haziah and Ismail, Salemah (2002) Kajian keciciran di kalangan pelajar sarjana muda yang mengikuti program Pendidikan Secara Jarak Jauh (PJJ) dan Pendidikan Fleksibel (FLP) Universiti Teknologi MARA. In: INSIGHTS Seminar 2002, 24-25 August 2002, Putra World Trade Centre (PWTC).
Abstract

Kajian mengenai pola danfaktor kedciran di kalangan pelajar sarjana muda PJJ ( Pendidikan Jarak Jauh -mod biasa) dan FLP ( Flexible Learning Programme - mod berasaskan World Wide Web ) Universiti Teknologi MARA dijalankan dengan mengambilkira keciciran yang berlaku sepanjang semester Julai- November 1998 hingga Januari- Mei 2000. Keciciran dalam konteks ini dtakrifkan sebagai kesukaran yang dihadapi sehingga berlaku salah satu atau lebih daripada fenomena berikut:
• Gagal mata pelajaran
• Gugur mata pelajaran
• Tidak Hadir Peperiksaan
• Berhenti
Bahagian pertama kajian menyorot dokumen- dokumen seperti keputusan peperiksaan, senarai berhenti dan senarai permohonan bercuti bagi mendapatkan gambaran mengenai pola dan profail pelajar yang cicir. Keciciran lebih ketara di kalangan pelajar FLP, dalam mata pelajaran Kewangan dan berbentuk “Tidak Hadir Peperiksaan”. Keciciran di kampus induk juga lebih ketara berbanding kampus cawangan. Dalam bahagian kedua, para pelajar yang dikenalpasti telah mengalami salah satu daripada kejadian cicir yang disenaraikan di atas diberi soal selidik yang bertujuan mengenalpasti faktor-faktor berlakunya keciciran. Kajian eksplorasi menggunakan analisis faktor ini mendapati faktor-faktor utama yang mendorong kepada keciciran merupakan faktor kesediaan diri, sokongan dan persekitaran belajar. Kesediaan diri juga melibatkan jangkaan yang terlalu tinggi yang telah diletakkan oleh pelajar ke atas sistem pembelajaran jarak jauh UiTM. Terdapat sedikit perbezaan antara faktor- faktor yang dijelmakan oleh pelajar PJJ dan FLP. Faktor masalah peribadi timbul di kalangan pelajar FLP sementara faktor tidak bersedia menghadapi peperiksaan dijelmakan oleh pelajar PJJ. Cadangan diberi di akhir laporan bagi tujuan menangani kadar keddran yang tinggi (43.91% secara purata) terutamanya dari segi sistem sokongan dan induksi pelajar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 143252.pdf]
Text
143252.pdf
Download (697kB)
Indexing & Metrics