Abstract
ALOR SETAR, 23 Jun 2026 - Seramai tiga bakal mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah menerima kunjungan menerusi Program Ziarah Kasih 2.0 sebagai usaha menyantuni pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan yang bakal memulakan pengajian pada Sesi Akademik September 2026. Program tersebut diketuai oleh Rektor UiTM Cawangan Kedah, Profesor Madya Dr. Mahazir Ismail, Dr. Tunku Nashril Tunku Abaidah, Timbalan Rektor HEP bersama barisan pengurusan universiti dan pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Menurut Dr. Mahazir, Program Ziarah Kasih 2.0 membuktikan komitmen UiTM dalam memastikan tiada bakal mahasiswa tercicir daripada peluang melanjutkan pengajian hanya disebabkan kekangan kewangan atau cabaran kehidupan. Beliau berkata, pendekatan turun padang membolehkan universiti memahami keperluan sebenar pelajar dan keluarga, sekali gus menyalurkan bantuan serta sokongan yang bersesuaian. Program Ziarah Kasih 2.0 mencerminkan keprihatinan dan komitmen berterusan UiTM Cawangan Kedah dalam memperkasa agenda kebajikan mahasiswa, di samping mengeratkan hubungan antara universiti, pelajar dan keluarga selaras dengan aspirasi melahirkan graduan yang seimbang, berdaya saing dan berjiwa masyarakat.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM Shah Alam, Hal Ehwal Pelajar UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Bahagian Hal Ehwal Pelajar |
| Keywords: | Buletin HEP, Jejak kasih 2.0, Kampus Shah Alam |
| Date: | 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143232 |
