Ziarah Kasih UiTM Cawangan Perlis: menyantuni mahasiswa, menyubur impian

UiTM Shah Alam, Hal Ehwal Pelajar (2026) Ziarah Kasih UiTM Cawangan Perlis: menyantuni mahasiswa, menyubur impian. Bulletin. Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Shah Alam.

Abstract

ARAU, 26 Jun 2026 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHЕР), UiTM Cawangan Perlis telah melaksanakan Program Ziarah Kasih 2.0 bagi menyantuni bakal mahasiswa baharu yang akan memulakan pengajian pada Sesi September 2026. Program ini diketuai oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Encik Wan Mohd Yaseer Mohd Abdoh, bersama Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar, Puan Dewi Anis Othman, para pegawai BHEP serta wakil Unit Zakat dan Sedekah UiTM Cawangan Perlis. Menerusi kunjungan ke kediaman bakal mahasiswa, rombongan telah menyampaikan sumbangan kewangan dan barangan keperluan, di samping meninjau sendiri cabaran yang dihadapi oleh pelajar dan keluarga mereka sebelum memulakan pengajian. Program ini mencerminkan komitmen berterusan UiTM Cawangan Perlis dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa sentiasa menjadi keutamaan. Selaras dengan aspirasi "Menyantuni Mahasiswa, Menyubur Impian", inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban keluarga, malah memberikan sokongan moral dan keyakinan kepada bakal mahasiswa untuk melangkah ke alam pengajian tinggi dengan lebih bersedia.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM Shah Alam, Hal Ehwal Pelajar
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Keywords: Buletin HEP, Jejak kasih 2.0, Cawangan Perlis
Date: 2026
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143230
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 143230.pdf] Text
143230.pdf

Download (601kB)

ID Number

143230

Indexing

Statistic

Statistic details