Penyelidikan ini bertujuan mengenal pasti stail pembelajaran pelajar UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka; stail pembelajaran yang paling dominan yang diaplikasikan oleh pelajar dan membuat perbandingan dan kajian korelasi antara stail pembelajaran dengan program yang diikuti oleh pelajar. Reka bentuk penyelidikan kuantitatif deskriptif digunakan untuk menjalankan penyelidikan ini. Seramai 493 orang responden telah mengembalikan borang soal selidik (yang dibina oleh Honey dan Mumford) yang diedarkan kepada 1000 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai program. Hasil kajian mendapati majority pelajar adalah mengamalkan stail pembelajaran jenis reflector apabila nilai minnya ialah 16.28 diikuti oleh teoris 14.15, pragmatis 13.41 dan aktivits 10.85. Manakala stail pembelajaran yang paling dominan ialah jenis reflector 61/7% diikuti jenis campuran 15.2% (lebih daripada satu stail pembelajaran), teoris 11.4%, pragmatis 6.9% dan aktivis 4.9%. Pelajar siswi didapati lebih bersifat reflector berbanding pelajar lelaki Secara relatif pelajar siswa lebih menunjukkan peratus yang lebih tinggi bagi stail pembelajaran aktivis, teoris dan pragmatis berbanding yang dipilih oleh siswa dan siswi tidak bergantung kepada faktor jantina, jenis program dan peringkat semester yang dihadiri mereka.
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Syed Mohamad, Syed Jamal Abdul Nasir UNSPECIFIED Saat, Ahmad UNSPECIFIED Ahmad, Jamaludin UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education > Four year institutions. Universities and colleges L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education > Four year institutions. Universities and colleges > Public universities and colleges |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC) > Institute of Research, Development and Commercialization (IRDC) > Bureau of Research and Consultancy |
| Event Title: | INSIGHTS Seminar 2002 |
| Event Dates: | 24-25 August 2002 |
| Page Range: | pp. 409-424 |
| Keywords: | Stail pembelajaran, Pelajar UiTM, Model Honey dan Mumford, Pembelajaran reflektif, Program pengajian, Pendidikan tinggi. |
| Date: | 2002 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143182 |
143182.pdf
