Kajian keatas para pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik di UiTM Kampus Bukit Mertajam yang memperolehi HPNG melebihi 3.00.

Md Tahir, Nooritawati (2002) Kajian keatas para pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik di UiTM Kampus Bukit Mertajam yang memperolehi HPNG melebihi 3.00. In: UNSPECIFIED.
Abstract

Kajian ini adalah satu usaha awal untuk mengkaji tentang beberapa faktor berkaitan dengan pelajar-pelajar Program Diploma Kejuruteraan Elektrik UiTM khususnya di Cawangan Pulau Pinang Kampus Bukit Mertajam yang telah terbukti mempunyai pencapaian cemerlang di dalam peperiksaan, iaitu para pelajar yang telah memperolehi Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) melebihi 3.00 dalam peperiksaan Oktober 2000. Data-data mengenai latarbelakang akademik, latarbelakang keluarga, tahap penggunaan para pelajar terhadap kemudahan perpustakaan, tahap perhubungan para pelajar dengan pensyarah, kaedah pembelajaran, penglibatan para pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum dan aktiviti sosial diperolehi secara soalselidik daripada para pelajar ini. Kajian ini telah dapat mengenai pasti faktor-faktor negatif yang harus ditangani dan juga faktor-faktor positif yang menyumbang kepada pencapaian cemerlang dalam bidang akademik.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 143164.pdf]
Text
143164.pdf
Download (783kB)
Indexing & Metrics