Peranan ceramah politik dalam pilihanraya umum ke-10.

Dina, Ali (2002) Peranan ceramah politik dalam pilihanraya umum ke-10. In: INSIGHTS Seminar 2002, 24-25 August 2002, Putra World Trade Centre (PWTC).
Abstract

Kajian ini cuba mengenalpasti saluran komunikasi berbentuk ceramah dan peranannya dalam menyampai maklumat kepada masyarakat secara bersemuka. Kajian ini juga akan mendedahkan peranan dan bentuk ceramah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin politik dari parti pemerintah (Barisan Nasional) dan parti pembangkang (Barisan Altematij). Ceramah yang dilihat ada hubungkait dengan isu-isu politik seperti salah guna kuasa, skandal, nepotisme dan sebagainya adalah menjadi tumpuan dalam aktiviti ceramah semasa kempen pilihanraya umum ke-10 yang lain. Ceramah yang juga merupakan saluran komunikasi yang mempunyai peranan serampang dua mata iaitu mendampingi bakal-bakal pengundi dan menjelaskan isu-isu kepada masyarakat telah menjadi pilihan kepada masyarakat yang kurang terdedah kepada media massa. Walau bagaimanapun, wibawa penceramah adalah menjadi faktor penentu sesuatu ceramah itu mendapat sambutan oleh masyarakat atau sebaliknya. Di samping kewibawaan penceramah, isu-isu yang ada kaitan secara langsung dengan persekitaran pengundi juga menjadi pilihan pendengar dalam sesuatu ceramah. Dalam kajian ini, penyelidik juga cuba mengenalpasti kekerapan setiap individu menghadiri ceramah yang diadakan oleh parti- parti yang bertanding dalam pilihanraya dan juga isu-isu yang dibangkitkan dalam sesuatu ceramah. Dari ctspek klasifikasi pendengar ceramah, kajian mendapati golongan peringkat umur pertengahan adalah paling ramai dan kerap menghadiri ceramah. Hasil kajian ini dengan jelas menunjukkan bahawa ceramah adalah salah satu saluran komunikasi yang berpengaruh untuk menentukan corak pengundian yang dilakukan oleh pengundi-pengundi dalam pilihanraya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 143154.pdf]
Text
143154.pdf
Download (539kB)
Indexing & Metrics