Satu kajian karya pelukis wanita di Malaysia dan pendekatan mereka dari dekad 80-an hingga 2000 / Nor Azila Anuwal

Anuwal, Nor Azila (2002) Satu kajian karya pelukis wanita di Malaysia dan pendekatan mereka dari dekad 80-an hingga 2000 / Nor Azila Anuwal. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.
Abstract

Tujuan dan matlamat penyelidikan. Ada beberapa tujuan penting penulis memilih tajuk sedemikian untuk dijadikan thesis. Antaranya ingin melihat dan mengumpulkan karya-karya
penulis wanita Malaysia serta mengkaji pendekatan mesej yang ingin disampaikan kepada umum. Penulis juga ingin mengetahui jenis bahantara yang seringkali digunakan dalam penghasilan sesuatu karya. Dengan penulisan ini kita dapat mengetahui penerimaan masyarakat terhadap hasil karya pelukis wanita.
Kesignifikan penyelidikan. Karya seni memang mempunyai pengaruh yang besar dan kuat terhadap masyarakat. Kebiasaannya ia dipelopori oleh pelukis lelaki. Penyelidikan ini
akan mengupas dan mengumpul data-data serta hasil-hasil karya pelukis wanita tempatan. Selain itu penulis ingin menyelidiki gaya aliran dan pengaruh yang digunakan semasa menghasilkan karya tersebut. Di sini nilai estetika, kreativiti, keteraturan kerja, kerjasama, ketelitian dan kahalusan kerja dapat dipupuk.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of TD_NOR AZILA ANUWAL AD 02_5.pdf]
Text
TD_NOR AZILA ANUWAL AD 02_5.pdf
Download (3MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics