Banyak kajian telah dilakukan mengenai industri pelancongan di Malaysia khasnya mengenai strategi dan kaedah untuk menarik kedatangan pelancong ke sesuatu destinasi pelancongan. Kajian untuk menambah daya tarikan produk-produk pelancongan juga telah dijalankan oleh pengkaji- pengkaji yang lain. Walau pun begitu tidak banyak kajian yang dilakukan mengenai persepsi penduduk tempatan terhadap industri pelancongan yang dibangunkan di kawasan mereka khasnya di pantai timur Semenanjung Malaysia. Kajian ini Cuba untuk mengenai pasti persepsi penduduk Negeri Terengganu terhadap produk-produk pelancongan yang wujud di negeri mereka. Lapan produk pelancongan yang telah dikenal pasti umjud di Negeri Terengganu ialah produk berasaskan ekologi, pertaman, pendidikan, sejarah, pusat membeli belah, kebudayaan dan kraftangan, sukan dan rekreasi dan tempat bersantai. Kajian ini diperolehi melalui temuduga pembanci-pembanci dengan empat ratus orang responden di lima buah daerah di Negeri Terengganu. Responden boleh dikategorikan kepada suri rumah, peniaga , kakitangan kerajaan dan swasta, penuntut dan mereka yang tidak bekerja. Secara umumnya, keputusan yang diperolehi menunjukkan terdapatnya pertalian yang positif antara unsur-unsur positif yang dibawa oleh produk-produk pelancongan dengan persepsi penduduk tempatan di mana u/ujudnya produk pelancongan itu. Kajian juga mendapati umjudnya sikap positif di kalangan penduduk Negeri Terengganu terhadap industri pelancongan. Sikap mereka ditakrifkan sebagai kesediaan mereka untuk menerima kedatangan pelancong dan kesediaan mereka untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan.
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Zakaria, Zainuddin UNSPECIFIED Che Hamid, Azemi UNSPECIFIED |
| Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel and the state. Tourism H Social Sciences > HM Sociology > Public opinion |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC) > Institute of Research, Development and Commercialization (IRDC) > Bureau of Research and Consultancy |
| Page Range: | pp. 309-320 |
| Keywords: | Industri pelancongan, Persepsi penduduk tempatan, Produk pelancongan, Pembangunan pelancongan, Negeri Terengganu. |
| Date: | 2002 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143140 |
143140.pdf
