Implikasi pengiklanan kepada masyarakat Malaysia. Kajian dari segi ekonomi dan sosial / Mustafa Khalil Mohd. Yusof

Mohd. Yusof, Mustafa Khalil (2000) Implikasi pengiklanan kepada masyarakat Malaysia. Kajian dari segi ekonomi dan sosial / Mustafa Khalil Mohd. Yusof. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.
Abstract

Periklanan merupakan salah satu medium pemasaran yang amat
penting pada hari ini. la diakui amat penting terutama untuk
negara ekonomi Kapitalisme seperti Malaysia. Tesis ini akan
menceritakan tentang kesan periklanan kepada masyarakat
Malaysia terutama dari segi ekonomi dan sosial.
Tujuan saya menulis tesis ini adalah untuk membincangkan
tentang fenomena yang semakin kuat melanda negara kita
sekarang ini iaitu pengaruh negatif iklan terhadap masyarakat
Malaysia dan kebimbangan mengenainya. Setakat ini, apa yang
kita dengar adalah aspek kontra atau negatif sahaja tanpa
mempedulikan tentang positif periklanan. la juga adalah sebagai
pendedahan yang lebih terhadap periklanan bukan untuk
masyarakat Malaysia sahaja tetapi juga untuk diri saya dan
penuntut ITM. Kaedah yang digunakan dalam tesis ini adalah penyoalan dan temubual, kaedah pemerhatian dan daripada data sekunder iaitu pembacaan melalui majalah dan sebagainya di dalam Perpustakaan Negara.
Pada bab 1 akan menerangkan tentang definasi periklanan
iaitu dari pandangan ahli ekonomi, pengkaji periklanan dan
sebagainya. Perspektif kajian perikianan turut disentuh pada bab
ini. Selain itu, fungsi periklanan yang dikaji oleh pengkaji
periklanan turut disentuh. Untuk pendahuluan tajuk tesis ini,
permulaan agensi periklanan antarabangsa dan Malaysia turut
dikaji sebagai memberikan penerangan serba sedikit dari permulaan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of TD_MUSTAFA KHALIL MOHD. YUSOF AD 00_5.pdf]
Text
TD_MUSTAFA KHALIL MOHD. YUSOF AD 00_5.pdf
Download (1MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics