Penentuan fosfat terlarut di Tasik Timah Tasoh, Perlis

Ismail, Hasnun Nita (2002) Penentuan fosfat terlarut di Tasik Timah Tasoh, Perlis. In: INSIGHTS Seminar 2002, 24-25 August 2002, Putra World Trade Centre (PWTC).
Abstract

Satu kajian untuk mendapatkan paras kepekatan fosfat terlarut (PO4-P) telah dijalankan di Tasik Timah Tasoh, Perlis dari Oktober 2000 hingga Februari 2001. Persampelan dilakukan sebanyak 2 kali dalam sebulan meliputi musim hujan dan musim panas. Parameter yang termasuk dalam ukuran selain daripada fosfat adalah pHsuhu, konduktiviti, keterlarutan oksigen, alkaliniti, jumtah pepejal terampai dan klorofil a, Selain daripada itu, kajian ke atas kepelbagaian alga dilakukan untuk mendapatkan nilai indeks diversiti (Shahnon-Weiner) dan jumlah populasi bagi setiap stesen mengikut musim. Daripada hasil kajian keputusan mendapati bahawa nilai kepekatan fosfat adalah lebih tinggi di kawasan stesen yang menerima aliran air masuk (Stesen ST dan Stesen SP) daripada stesen yang terletak di kawasan limnetik (Stesen IT dan Stesen TK). Stesen ST menunjukkan pengurangan kualili air dari segi aspek pH dan keterlarutan oksigen yang rendah serta menerima beban pencemaran pepejal terampai yang agak tinggi terutamanya semasa musim hujan. Manakala Stesen SP pula menunjukkan nilai alkaliniti dan konduktiviti yang paling tinggi antara semua stesen. Kajian alga pula menunjukkan pertumbuhan yang pesat semasa musim panas berbanding dengan musim hujan. Stesen yang menunjukkan jumlah populasi tertinggi adalah Stesen TT manakala jumlah populasi alga terendah didapati pada Stesen SP. Antara spesies yang menunjukkan letusan populasi adalah Aulacoseira sp. dan Pediastrum sp. Letusan populasi menyebabkan spesies berkenaan mempunyai bilangan individu yang sangat jauh berbeza daripada bilangan individu pada spesies yang lain. Stesen ST didapati mempunyai kepelbagaian yang tertinggi semasa musim hujan dengan 15 spesies manakala Stesen SP menunjukkan kepelbagaian terendah dengan 8 spesies sahaja dijumpai. Semasa musim panas pula Stesen ST tetap mempunyai bilangan spesies yang tertinggi dengan 12 spesies yang dijumpai manakala ST mempunyai 6 spesies sahaja yang dijumpai. Analisa statistik (p<0.05) dengan menjalankan ujian ANOVA dilakukan untuk semua parameter mengikut perbandingan stesen, musim dan paras tasik Manakala ujian korelasi didapati menunjukkan terdapatnya perhubungan positif secara bererti antara kepekatan fosfat dan klorofila.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 143097.pdf]
Text
143097.pdf
Download (713kB)
Indexing & Metrics