Forum budi bahasa budaya kita – potensi luar biasa orang kelainan upaya

Tajuddin, Norulhuda and Che Hamzah, Hamnah and Ahmad, Siti Hasziani and Dali, Fadli and A Shukor, Ahmad Humaam (2023) Forum budi bahasa budaya kita – potensi luar biasa orang kelainan upaya. UiTM News Hub. pp. 1-2.
Abstract

Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP) UiTM Pahang Kampus Raub telah menjayakan Program Forum Budi Bahasa Budaya Kita – Potensi Luar Biasa Orang Kelainan Upaya pada 16 Jun 2023. Melalui Biro Pemantapan Akademik FPP, program ini berjaya mencapai matlamat dalam menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar untuk menyantuni golongan kelainan upaya. Forum telah menampilkan ahli panel yang terdiri dari seorang tokoh OKU Cikgu Mohd Huzaire bin Haji Ahmad dan Kaunselor UITM Kampus Raub iaitu Puan Rosfarhani binti Daud. Kedua-dua panel telah mengupas lebih dalam lagi berkenaan isu-isu berkaitan OKU dalam masyarakat dan cara untuk menanganinya. Peserta adalah terdiri daripada sejumlah 171 orang pelajar daripada Diploma Pengajian Perniagaan (BA 111) dan Diploma Pengurusan Perbankan (BA 119). Kesemua mereka adalah ahli Business Society. Sementara itu, program ini dikelolakan sepenuhnya oleh pelajar terutamanya pelajar Bahagian 2, melalui penganjuran pelajar dilatih dengan kemahiran menguruskan program, berkomunikasi, dan kepimpinan. Disamping itu, program turut menerapkan nilai-nilai murni dan adab pergaulan dengan golongan kelainan upaya. Dalam masa yang sama membentuk persepsi yang betul di kalangan pelajar kepada golongan kelainan upaya dan menghalang diskriminasi terhadap golongan ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 143061.pdf]
Text
143061.pdf
Download (270kB)
Indexing & Metrics