Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (BA2324B) telah menganjurkan program bertemakan ‘Mari Kitar Semula” pada 16 Jun 2023 bertempat di Dewan Jubli Perak, Sekolah Kebangsaan Jengka Pusat 2 (SKJP2). Program ini diadakan dengan kerjasama Pusat Pengajian Pengurusan Gunaan (PPPG), UiTM Pahang, Sekolah Kebangsaan Jengka Pusat 2 dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). Program dianjurkan adalah merupakan salah satu daripada kriteria projek penilaian berterusan untuk kursus Pengurusan Projek (OPM655). Program ini juga bertujuan untuk mendidik golongan generasi muda mengenai kepentingan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar sejak kecil. Program ini dapat menggalakkan murid-murid mengasingkan sampah di rumah dan manfaatkan sampah yang boleh dikitar semula.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Hamid, Siti Fazilah UNSPECIFIED Asmui, Mas'udah UNSPECIFIED |
| Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences > Environmentalism. Green movement H Social Sciences > HM Sociology > Groups and organizations H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Social service. Social work. Charity organization and practice |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-2 |
| Keywords: | Kitar semula, Alam sekitar, Pusat Pengajian Pengurusan Gunaan, UiTM Cawangan Pahang |
| Date: | 25 July 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143060 |
143060.pdf
