PAHANG, 15 Julai 2023 – Dalam dunia yang serba pantas dan berdaya saing pada hari ini, tempat kerja sering berhadapan dengan pelbagai cabaran yang boleh memberi kesan kepada kesejahteraan dan produktiviti pekerja. Meningkatkan kesejahteraan tempat kerja bukan sahaja memberi manfaat kepada pekerja, tetapi ia juga menyediakan organisasi dengan kelebihan daya saing. Pekerja yang mengalami tahap kesejahteraan yang lebih tinggi berkemungkinan besar untuk kekal bekerja dalam sesebuah organisasi, mempunyai kesihatan keseluruhan yang lebih baik, melakukan pekerjaan dengan baik dan mempunyai kepuasan kerja yang lebih tinggi. Demi memperkukuhkan kesejahteraan pekerja di tempat kerja, Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Pahang dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Pahang telah menganjurkan Bengkel Terapi Minda pada julung kalinya. Program ini melibatkan 50 orang peserta yang terdiri daripada staff UiTM Cawangan Pahang, Guru Sekolah Menengah Agama Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini (Maahad SAS) Jengka, Staff Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Staff UNIPSAS, Pelajar Antarabangsa – Universitas Negeri Malang & Institut Perguruan Dan Ilmu Pendidikan Indonesia (IKIP) dan peserta luar untuk memberi pendedahan tentang cara pengurusan emosi, kerja dan keluarga yang sihat dan positif.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ibrahim, Nurshahira UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Strategic alliances. Business networks H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Social service. Social work. Charity organization and practice L Education > LB Theory and practice of education > Educational psychology |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-2 |
| Keywords: | Kesejahteraan, Pekerja, Terapi minda, Pengurusan emosi, UiTM Cawangan Pahang |
| Date: | 24 July 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143057 |
143057.pdf
