Program rise together with FPA (Siri 2) “perkongsian alumni: realiti budak ladang

Minhad, Nurulatika (2023) Program rise together with FPA (Siri 2) “perkongsian alumni: realiti budak ladang. UiTM News Hub. pp. 1-3.
Abstract

Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka telah mengadakan satu program bertajuk Program Rise Together With FPA (Siri 2) “Perkongsian Alumni: Realiti Budak Ladang. Program ini telah diadakan pada 17 Mei 2023 (Rabu), jam 8.00 – 10.30 malam bertempat di Dewan Al-Biruni 1, UiTM Pahang. Program ini telah dihadiri oleh 215 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Pra Diploma Agroteknologi (AT001/002) dan pelajar Diploma Pengurusan Ladang (AT110) serta 13 orang pensyarah FPA selaku Penasihat Akademik (PA). Koordinator Pengurusan Ladang, Cik Nurulatika Minhad bertindak sebagai Penasihat Program serta saudara Muhammad Farith Firdaus Hasnul’sham, pelajar semester 4 sebagai Pengarah Program. Majlis dimulai dengan kata aluan daripada Ketua Pusat Pengajian (KPP) FPA iaitu Ts Fazidah Rosli.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 143055.pdf]
Text
143055.pdf
Download (694kB)
Indexing & Metrics