Dari Jengka ke Kg. Cangkung: projek literasi kelas rimba Bateq Siri 18/2023

Shahudin, Nurul Nadiah (2023) Dari Jengka ke Kg. Cangkung: projek literasi kelas rimba Bateq Siri 18/2023. UiTM News Hub. pp. 1-2.
Abstract

Taman Negara Kuala Tahan, 15 Mei 2023 – Seramai enam orang wakil daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang (UCPH) yang diketuai oleh Koordinator ICAN UiTM Pahang, Dr Nurrohana Ahmad telah menjalankan lawatan tapak di perkampungan orang asli pada 6-7 Mei 2023. Tujuan lawatan adalah bagi meninjau kesesuaian untuk menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) bagi menjayakan Program Literasi Kelas Rimba Bateq yang bertempat di Kampung Cangkung, Taman Negara Kuala Tahan Pahang. Kelas Rimba Bateq ini merupakan inisiatif YFBM untuk memberikan Pendidikan Asas 3M (Membaca, Menulis & Mengira) kepada anak-anak Orang Asli (OA) dari suku Bateq di Kampung Cangkung sekitar Kuala Keniam dalam Taman Negara sebagai persediaan ke sekolah aliran perdana. Sesi yang telah disertai oleh wakil UiTM Pahang ini merupakan sesi yang ke-18 daripada 50 sesi yang akan dijalankan setiap minggu sepanjang tahun (Jan – Dis 2023). Setiap sesi bersamaan 2 hari 1 malam (Sabtu & Ahad).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 143050.pdf]
Text
143050.pdf
Download (523kB)
Indexing & Metrics